Friday, May 13, 2011

Biar Betul Part 42

Aku terus mendengar dengan penuh minat, sambung Joshua lagi,”Sebagai Forex trader kalau nak berjaya, engkau kena faham konsep “big picture”, ini bermakna apa yang engkau tengok adalah 70 win dan 30 loss out of 100 posisi, bukan 7 loss dan 1 win out of 8 posisi. Sebab tu aku cakap disiplin tu penting untuk berjaya kerana kau perlu lihat setiap trade dalam konteks “big picture”, dan konsep “big picture” memerlukan kau stick pada plan dan strategi yang kau gunakan”

Aku hanya menangguk tanda setuju dan faham. Helikopter meluncur semakin laju, Gunung Santubong sudah kelihatan. Dah semakin hampir dengan Bandar Kuching fikirku. Badan terasa letih dan mata mengantuk, tetapi perbualan tentang forex antara aku dengan Joshua pada aku lebih menarik. Semakin hampir dengan Bandar Kuching fikirku, aku tiba-tiba teringatkan Mary Sari. Aku juga teringatkan Jai Idrus, kawan aku yang call aku pagi tadi dan dia janji nak jemput aku dekat Heli Base Kuching. Ada cerita best dia kata dia nak story kat aku.


Joshua kata lagi kat aku.

“Macam aku cakap tadi kalau nak berjaya kau mesti lihat trading kau as a “big picture” dan dengan itu engkau akan jadi lebih mudah untuk follow kau punya trading plan and kau punya fokus is on following kau pun plan instead of risau pasal kau punya untung mahupun rugi”, kata Joshua lagi sambil menguap sedikit, dia pun kelihatan mengantuk dan letih.

“Ok, apa pulak kaitannya dengan lampu isyarat yang kau cakapkan awal-awal tadi”, tanya aku lagi kat Joshua.

“Ooooo lampu isyarat tu contoh terbaik untuk “mind programming” “,kata Joshua lagi kat aku.

Sambung Joshua lagi,”minda tanpa sedar akan diset untuk follow rule serta color kod lampu isyarat, so konsep “big picture” yang aku cakapkan tadi pun kau kena buat macam tu. Maksudnya mind set kau mesti di set untuk stay and follow kau punya plan and what ever happen kau still follow kau punya plan secara berterusan, pemahaman kau pasal konsep “big picture” memberi kau keyakinan jika kau stick and follow kau punya trading rule kau akan berjaya dalam jangka panjang”.

Perbualan kami terganggu sekejap bila co-pilot buat pengumuman, “we will landing in Kuching Heli base in 30min, beautiful sky today and enjoy the ride. Thank you”.

Helikopter mula terbang turun dan semakin rendah , Bandaraya Kuching sudah kelihatan.



“Tak lama lagi kita landing”, aku kata kat Joshua.

“Thanks man, for your knowledge sharing”, kata aku lagi kat Joshua

“You welcome Sham, any time”, jawab Joshua lagi.

“So, you balik Poland today?”, aku tanya Joshua.

“Not today, I stay in Kuching today and tomorrow I go to KL and from KL I take flight to Europe, from there I take plane to Poland”, kata Joshua lagi.

Kasihan Joshua, jauh lagi perjalanan dia ni nak balik kampung.

Aku tanya dia lagi, “So bila nak bual full time forex”.

Joshua jawab,”Tak sure lagi, tapi so far I masih enjoy keja ni, keja ni beri peluang aku travel around the world, meet new people and entah lah, tengok ler nanti bila kontrak dah tamat”

Joshua meneguk coca-cola lagi, ujarnya selepas tu:

“ I choose to work, bukan I have to work, Forex give me my financial freedom, so sekarang I just enjoy my work and sebab I love my work…he he he”, kat Joshua lagi sambil ketawa sedikit.


Aku menoleh di tingkap tepi helikopter, dari kejauhan sudah kelihatan Airport Kuching. Heli Base Kuching terletak bersebelahan Kuching International Airport. Semakin lama semakin hampir dan akhirnya pesawat yang kami naiki mendarat di Kuching Heli Base. Dah selamat sampai.



Perjalanan aku dari Kapal Samudera 31 yang berlepas pada pukul 7.30am pagi tadi kini telah berakhir. Aku curi-curi lihat jam tangan Joshua. Tepat pukul 1.33pm, awal 27min fikirku.

Enjin pesawat mula dimatikan dan co-pilot buat pengumuman,”Ok guys, good to go and have a nice day”.

Pintu helikopter pun dibuka, dan semua penumpang keluar meninggalkan pesawat.
Sebaik sahaja aku berada diluar pesawat, tiba-tiba dari aku mendengar namaku dipanggil.

“Shaaa!! Shaam!! Shaaammmm!! !”, terdengar seseorang memanggil namaku dari kejauhan, berkali-kali, semakin lama semakin jelas dan semakin nyaring.

Aku menoleh kebelakang

Sehingga berjumpa lagi.