Monday, May 16, 2011

Biar Betul Part 43

Jai Idrus rupanya. Aku melangkah kearahnya. Sebelum tu aku sempat bersalamanan dengan rakan-rakan, pilot dan co-pilot helicopter tu. Perjalanan selama 5 jam seperti ini semacam mewujudkan persefahaman dan persahabatan yang erat antara kami. Rakan-rakan sekerja aku pula melangkah menuju kearah bas mini yang sudah sedia menunggu yang akan membawa mereka ke hotel Hilton di tengah Bandaraya Kuching. Aku tak join mereka sebab aku punya home town memang kat sini dan tambahan lagi ada kawan yang jemput aku hari ni.

Sambil melangkah kearah Jai Idrus, aku sempat memerhati kawan-kawan aku mengambil tempat masing-masing didalam bas mini yang berhawa dingin dan bercermin agak gelap. Bas mini mula beredar dan aku menangkat tangan membalas lambaian Joshua dan rakan-rakan aku yang lain sambil bas mini itu berlalu pergi.



Sesampainya didepan Jai Idrus, kami bersalaman, Jai Idrus kata kat aku:

“Ler apasal ler tak ajak kawan-kawan kau naik keta aku sekali, keta aku besar aku bawa Toyota Wish”,Kata Jai Idrus lagi kat aku

“Engkau ni Jai, biar lah dia orang naik bas tu, nanti kalau naik keta kau ..engkau minta tambang pula,,,he he he he”, balas aku lagi Kat Jai Idrus sambil ketawa sedikit.

“Awal kau sampai, patutnya pukul 2 kan?”, tanya Jai Idrus lagi kat aku sambil kami berdua melangkah perlahan menuju ke tempat letak kereta.

“Haa….aaa, kita orang take off awal masa transit kat oil rig tadi”, jawab aku ringkas

Kemudian aku tanya lagi kat Jai, “apa citer best kau nak story kat aku, engkau nak kahwin dan nak suruh aku jadi pegapit kau masa kahwin nanti ker”, aku cuba meneka.

“He he he tak ada ler..aku nak bagi tahu kau aku dah bersara…aku go pro dah sekarang”, kata Jai Idrus lagi kat aku.

“Pro ape?…pro main dam haji ker”, tanya aku lagi kat Jai Idrus, sambil melawak sepontan.

“Engkau ni Sham, Pro Fx …lagi nak tanya”, Jawab Jai Idrus lagi.

“Wooww, dashat tu, boleh ler aku berguru dengan engkau nanti…”, kata aku balik kat Jai Idrus.

Sampai sahaja berhampiran kereta Toyota Wish milik Jai Idrus. Dia mengeluarkan remote kereta dia dan dia tekan button untuk unlock pintu kereta.

“Puuuuuuuttttt”,

“Lerrr apasal macam bunyi kentut jer bunyi tu”, kata aku kat Jai Idrus sambil kami membuka pintu masing-masing dan melangkah masuk dan duduk didalam kereta tu.




“Engkau ni Sham, sampai hati kau cakap keta aku punya unlock sound macam bunyi kentut”, kata Jai Idrus lagi sambil sedikit ketawa.

Enjin kereta dihidupkan, dan penghawa dingin bertiup kencang, amat menyelesakan. Jai Idrus on kan radio, dan kemudian dia kata kat aku:

“ Selain pasal aku dah go pro, aku memang nak kahwin, then aku memang nak minta kau jadi base man masa aku kahwin nanti”, kata Jai Idrus lagi kat aku sambil tangannya memasang gear reverse untuk mengundurkan keretanya.

“He he he he, kan betul apa aku cakap, tapi ada problem ler Jai, aku rasa aku tak sesuai jadi base man kau”, kata aku lagi kat dia dengan nada agak serius.

“Kenapa pulak?”, lantas dipintas kata-kata aku oleh Jai Idrus.

“Sebab aku hensem lagi dari kau, untuk base man, kau kena cari orang yang kurang hensem dari kau, kalau tak pengantin lelaki tak nampak seri he he”, kata aku lagi kat Jai Idrus

“He he he he he…kau ni Sham….he he…hina jer ler aku…he he”, kata Jai Idrus lagi kat aku, dia tak kisah walaupun aku kata dia tak hensem.

“Set…. no problem tapi sebelum tu jom belanja aku makan mom laksa kat Jalan Astana dulu, lepas tu nanti kau kena story kat aku macam mana kau jadi pro fx trader”, selamba jer aku minta Jai Idrus belanja aku makan laksa Sarawak.

“Jom ler, aku belanja”, balas Jai Idrus lagi. Kereta Toyota Wish Jai Idrus terus meluncur pantas meninggalkan heli base Kuching menuju ke pusat Bandar.

Aku teringatkan Mary Sari, segera aku keluarkan handphone dari poket sebelah kanan. Kereta Jai Idrus di pacu semakin laju. Cuaca dibandaraya Kuching cerah sekali, hari yang indah fikirku. Dah lama aku tak nampak bangunan dan daratan. Kereta Jai Idrus terus meluncur laju. Setakat ni dulu untuk kali ni kisah forex antara aku dan Joshua. Lepas ni aku petik info-info berguna dari Journal Forex Jamlus Jackson serta tip-tip forex dari Mary Sari untuk renungan bersama.




Sehingga berjumpa lagi.