Saturday, May 28, 2011

My FX today cycle 17

Salam trader kepada semua,

Untuk trading minggu ni (22/5/11 hingga 28/5/11). Result trading aku tunjukkan kat bawah ni. Minggu ni ada 2 loss, 4 win, dan pada masa report ini diupload aku masih ada 2 position yang tengah floating dan 4 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Loss bersih untuk minggu ni berjumlah 70 pips.



Macam biasa aku guna strategi fibo retracement, dan aku hanya akan ambil sesuatu posisi jika dan hanya jika ia telah retrace sekurang-kurangnya 50 fibo dan kadang-kadang 61.8 punya retracement pun aku balun expecially kalau sesuatu pair tu tengah betul-betul trending. Take profit aku ambik dekat 161.8 extended fibo.

Aku menggunakan current market condition untuk membuat analisa arah tuju market, sebab tu ler ada masa nya TP tu aku adjust dari masa-kesemasa kerana support dan ressitance baru yang terbentuk aku jadikan panduan untuk menganalisa momentum sesuatu market. Cuma yang aku tak pernah adjust ialah Stop loss dan ianya sentiasa aku set secara dinamik untuk setara dengan 2% dari equiti terkini dan aku letak dekat 0.0 fibo

Kat bawah ni snapshot, beberapa position yang close untuk minggu ni, minggu ni aku agak busy sket dengan kerja, so laporan aku minggu ni agak simple dan aku tak snap shot semua position yang aku tunjuk kat result diatas, cuma 3 jer aku snapshot, yang lain-lain tu kalau nak tengok boleh buka ler sendiri chart pair-pair yang terbabit dan guna date position tu trigger dan close. Aku pasti kawan-kawan yang main guna fibo akan nampak retracment yang sebabkan aku ambil position tu, kat bawah ni aku tunjuk 3 position yang sempat aku snapshot dan edit:




Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]