Sunday, February 27, 2011

Biar Betul Part 14

“excuse me, is this seat taken?”, sapa mesra seorang gadis.



“……..”, aku speechless , masih dalam fasa terkejut sebab kena sapa oleh seorang gadis yang amat cantik.

“eeehhhmmm, this seat free ker?”, tanya gadis tu lagi, kali ini semakin mendesak sebab aku masih tidak menjawab pertanyaannya tadi.

“ohh, tidak, nobody seat kat sini, please make your self a seat”, kataku lagi,

“no, I mean have a seat”, kataku pantas sekali lagi.

“thanks, sesak-sesak macam ni nak cari tempat duduk pun dah tak ada seat free, maaf yer mengganggu”, halus suaranya, semanis wajahnya.

Gadis tersebut lantas duduk semeja dengan aku, meja kecil yang hanya ada dua kerusi. Keadaan di airport Kuching agak sesak. Kat dalam restoren Mc Donald tu pun tidak kurang sesaknya. Dekat luar apatah lagi, ramai penumpang yang terkandas. Aku teruskan bacaan buku kegemaranku. Gadis manis kat depan, aku perhatikan agak leka menikmati burger yang baru dibelinya. Lapar benar lagaknya, aku biarkan sahaja. Bacaan buku aku teruskan dan hujan diluar pula semakin lebat.

Suasana agak sejuk dan ditambah lagi dengan penghawa dingin, keadaan semakin sejuk. Nasib baik aku ada membawa sekali baju sejuk, kalau tak, sure aku mengigil kesejukkan.

Aku memulakan perbualan. Aku tanya kat gadis tu ,”flight you delay ker?”

“tak, I saja-saja suka datang airport tengok kapal terbang”, jawabnya sambil tersenyum.

Aik, buat lawak pulak dia ni. Cantik dan pandai buat lawak awek ni, kata aku kat dalam hati.

Kata gadis tu lagi kat aku,” I nak balik Jakarta, tapi tulah dengar cerita ada kapal terbang Air Asia tersasar masa landing pagi tadi, so tak pasal-pasal I sangkut kat airport ni sejak pagi tadi lagi”.

“I pun sama, I nak pegi Singapore”, jelasku lagi.

“Tak tanya pun…”, jawab gadis tu lagi. Katanya lagi kat aku,”…he he sori yer gurau jer, tension-tension macam ni kalau buat lawak hilang sikit stress ni”, katanya sambil menyuap burger.

“He he he he, betul tu”, jawabku lagi

“By the way, nama saya Mary Sari, panggil jer saya Mary”, jelas gadis tu lagi sambil menghulur tangannya untuk bersalam dengan aku.

Setelah beberapa ketika.


“Aikkkk, berapa lama nak pegang tangan saya ni, masuk ni dah 56 saat tak lepas-lepas lagi tangan saya ni,”, kata gadis tu lagi.

“Ooppss sori, tangan tu lembut sangat…he he he , maaf yer”, kataku lagi. Segera aku lepaskan tangannya.

“Saya Sham”, kataku lagi memperkenalkan diri

“Hi Sham, nice tu meet you”, katanya lagi.

Dia kemudiannya makan french fries yang dibelinya.

“Jemput ler makan sekali, sedap ni”, gadis tu pelawa aku makan sekali.

“Tak ape, time kasih, awak makan ler sampai habis, jangan malu-malu buat macam airport sendiri", balasku lagi

Mary Sari hanya tersenyum. Sekali tengok aku nampak ada iras-iras Luna Maya. Senyumannya manis sekali. Aku tertanya-tanya kat dalam hati, kalau aku minta nombor telepon, dia nak bagi ker tak, bagi ker tak, tak ker bagi….

Tiba-tiba dia tanya kat aku, “ Awak trading Forex ker?”,

Sehingga berjumpa lagi.

Saturday, February 26, 2011

Biar Betul Part 13

Februari 2008, Balikpapan Airport, 2.34pm

Kalau diberi pilihan untuk memilih antara kaya atau miskin, logik akal akan memilih untuk kaya, tetapi selagi minda tanpa sedar tidak diset untuk memilih kaya, aku tidak akan berjaya, kalau pun dapat, kebarangkalian besar akan hilang balik. Kalau apa yang aku buat selama ini memberi hasil seperti yang aku ada hari ini dan ianya bukan hasil yang aku harapkan, ini bermakna jika aku meneruskan cara yang sama maka hasilnya akan tetap sama, maka itu jika aku ingin hasil yang berbeza maka ubah caranya, ubah mind set and aku akan ubah segala-galanya

Minat serta keazaman untuk menjadi kaya perlu ada. Aku sendiri apabila umur mencecah lewat 30’an mulai sedar hakikat ini. Di mana-mana aku selalu terdengar perihal mereka yang dahulunya miskin kini hidup senang lenang dan kaya-raya, pelbagai cerita dan versi. Ada cerita tentang mereka yang menjadi jutawan hasil dari kegiatan jualan langsung, pelaburan komoditi, hartanah, perniagaan restoren, perniagaan warung, forex dan pelbagai lagi. Semua ini membakar semangat aku dan aku mula mengorak langkah dan berfikir mengapa tidak aku sendiri menjadi seorang jutawan. Apa kelebihan mereka dan apa kekurangan aku?

Bermulanya minat dan pentingnya minda seorang jutawan diselami. Aku memulakan langkah dengan membaca buku-buku berkaitan jutawan. Minda mereka mestilah difahami dan diselami. Apa yang ada pada mereka yang menjadikan mereka seorang jutawan dan mengapa mereka berjaya dan mengapa ramai lagi hanya mampu hidup sederhana dan menyara hidup dengan sekadar makan gaji dan menjadi pekerja. Bukan maksud aku untuk merendah-rendahkan golongan pekerja, tidak dinafikan ramai juga mereka yang berkerja dan mampu kaya dan senang lenang. Cuma hakikatnya golongan ini tetap seorang pekerja dan masih tidak punya kebebasan sepenuhnya. Aku sedar hakikat ini, malah aku sendiri dengan kerjaya aku sebagai pilot mampu hidup dengan senang walaupun tidak aku kategorikan sebagai mewah. Pendek kata ramai orang hanya sekadar mampu hidup dalam lingkungan keselesaan atau “comfort zone”. Lingkungan keselesaan ini mengalpakan ramai orang dan tanpa sedar ramai tidak terfikir untuk mengorak langkah menjadi jutawan, malah tidak terfikir langsung ianya dapat dicapai jika anda ingin capai. Menjadi jutawan dianggap sebagai satu perkara yang mustahil untuk dicapai. Dalam lain perkataan “jangan mimpi”. Teruskan kehidupan seperti biasa, makan gaji, sudah tua nanti ada pencen atau duit dari KWSP.

– di petik dari journal Jamlus Jackson, Balikpapan

Bila tengok gambar airport Balikpapan tu, aku teringat satu hari tu masa kat airport Kuching, masa tu keadaan agak sesak kerana ada pesawat air asia tersasar dari landasan, banyak flight delay so ramai penumpang sangkut kat airport.



Hujan pulak turun agak lebat, aku duduk kat restoren Mc Donald sambil baca buku dan minum kopi sementara tunggu flight aku ke Singpore yang dah delay hampir 6 jam. Tiba-tiba ada suara lembut menyapa dari belakang. Aku menoleh.

Sehingga berjumpa lagi.

Friday, February 25, 2011

Biar Betul Part 12



Money market vs FX trader. FX trader perlu ada a very very serious plan and strategy untuk menang.

Sehingga berjumpa lagi

-Taken from Jamlus Jackson Journal

My FX today cycle 4



Salam kat semua trader.

Minggu ni untuk urus niaga (21/02/2011-25/02/2011) menyaksikan aku cancel sebanyak 5 position dan lost sebanyak 1 position , aku juga masih mempunyai sebanyak 5 position yang masih floating, 1 tengah pending dan 1 position win dicatatkan setakat tarikh dan masa report ni diupload.

Dalam report kali ni aku akan mengulas mengenai position Loss A, Cancel B dan Win C( Rujuk rajah kat atas). Seperti biasa, position yang tengah pending dan floating tu aku tak akan ulas. Dah close nanti baru aku cerita. So minggu ni menyaksikan penurunan mendadak pair NZDJPY, macam biasa aku guna daily chart bila trade dan aku guna strategi Fibonacci retracment, daily chart sesuai dengan aku sebab movement harga lebih perlahan dan aku pula jenis yang tak suka mengadap komputer lama-lama untuk trading forex, paling lama aku trade hanya 15min jer sehari. Kalau ada setup yang ok aku terus pasang pending order. Untuk loss position buy pair NZDJPY, jumlah pips untuk loss tersebut adalah sebanyak 171 pips dan setara dengan 2% dari nilai equiti terkini yang aku laburkan. Manakala untuk win position jumlah pip yang berjaya dipungut ialah sebanyak 139 pips.

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]





Penjelasan position Loss A

Rujuk rajah kat atas ni. Pada 23/01/2011, aku lihat wujudnya pembentukan pelengkap yang aku panggil titik C. Ia juga menyaksikan Fibonacci Retracement mencecah 38.2 fibo. Pada tarikh 27/01/2011, titik B telah ditembusi, tetapi tidak mencapai takat 161.8 fibo. Berlaku penurunan semula dan aku mengambil kesempatan ini untuk memasang pending order buy stop yang kemudian nya trigger pada 31/1/2011. Pada 8/2/2011 menyaksikan titik B ditembusi, aku menjangka ianya akan mencapai 161.8 fibo, tetapi nampaknya jangkaan aku kali ini meleset, position tu floating selama 19 hari dan akhirnya close pada 22/02/2011 yang menyaksikan penurunan mendadak pair tersebut berkemungkinan besar akibat high impact faudumental. Titik A yang aku setkan sebagai stop loss mengena dan memberi aku loss sebanyak 171 pips. Selepas terkena stop loss aku pada harga 61.81, pair tersebut menyaksikan penurunan yang semakin ketara. Ini merupakan loss aku yang pertama untuk urus niaga sepanjang bulan februari 2011 ini.




Penjelasan position Cancel B

Sila rujuk rajah kat atas, pada tarikh 16/02/2011, aku menyaksikan pembentukan titik C yang aku kenali sebagai pelengkap telah berlaku , dan seperti biasa aku membuat pending order sell stop pada poin B sebab aku menjangka akan berlaku breakout pada point B kerana fibonnaci retracement sebanyak hampir mencecah 23.6 fibo telah berlaku. Jangkaan aku jelas meleset bila pegerakan terus mendaki naik sehingga melepasi poin A, sebaik sahaja poin A dilepasi aku terus cancelkan position itu.




Penjelasan position Win C

Sila rujuk rajah kat atas, pada 23/02/2011, aku lihat ada pembentukan poin C yang aku kenali sebagai pelengkap, Fibonacci retracment juga telah mencapai tahap 50.0 dan seperti plan dan strategi aku sebelum ni aku pun buat arahan buy pada poin B, Position tu trigger pada 23/02/2011 dan foating selama 3 hari sebelum mengena take profit aku pada 25/02/2011 dan memberi aku 139 pips.

Thursday, February 24, 2011

Biar Betul Part 11

SMS aku terima dari Jamlus Jackson :

“kalau kau buat untung hanya 3% sebulan, dan kau tak usik duit tu and biar dia compounding, selepas setahun engkau punya profit is 42.58% , pada profisional trader 42.58% tu satu jumlah yang besar, pada amatur trader 3% tu kecik sangat so dia plan nak buat profit 30%-70% sebulan, sebab tu ramai pemorex amatur lingkup, mereka risk more than what they can handle, and they keep telling themselves that to become a professional trader tu adalah satu yang mustahil. Mereka melakukan kesilapan sebelum bermula, dan sebaik sahaja bermula ianya disusuli dengan siri-siri kesilapan yang berterusan”.
– Jamlus Jackson, Penampang, Sabah

Tumb drive tu aku masih simpan sampai sekarang, masuk ni dah 5 tahun aku simpan, setiap hari bila ada kesempatan aku buka dan baca. Jamlus Jackson juga recommendkan aku baca buku-buku tertentu. Yang peliknya, hampir kesemua buku yang dia recommendkan aku baca bukannya buku pasal forex, tetapi buku pasal mind set.




Jamlus Jackson selalu kata kat aku, “ main forex ni, selagi mind set tak betul, engkau tak akan berjaya kerana bila engkau memorex ia selalunya bermula dengan 10% emotion dan 90% analisa teknikal, TETAPI, sebaik sahaja engkau mula loss, trading engkau akan jadi 90% emotion dan 10% analisa teknikal. Pada takat ini, engkau tidak ada pilihan melainkan gagal lagi untuk kesekalian kalinya dan akhirnya give up.”

Ramai pemorex ingat mereka bijak dan dah terror memorex bila mereka untung, that why ramai pemorex tidak dapat menerima hakikat jika rugi, kerana jika rugi ianya seolah-olah menunjukkan yang dia adalah seorang “loser”, so kerana nak avoid jadi loser ramai pemorex akan buka stop loss, so apa jadi. Kadang-kadang nasib menyebelahi dan kadang-kadang tidak dan semakin rugi. Kalau untung pula, lain pula ceritanya, kebanyakkan pemorex ambil untung secepat mungkin. Ni “syndrome fight or flight”, happen kat semua trader sama ada baru atau lama. Yang berbeza hanya cara kita handle.

Lepas ni, aku akan petik dan siarkan journal forex Jamlus Jackson untuk sama-sama kita nilaikan, macam Jamlus Jackson kata “ …mana yang elok engkau ambil jadikan tauladan mana yang tak elok pun engkau ambil juga jadikan sempadan ”.

Sehingga berjumpa lagi.

Tuesday, February 22, 2011

Biar Betul Part 10

“benda-benda basic tentang analisa teknikal, contohnya macam support, resistance, trendline, fibonacci, candlestick, breakout dan macam-macam lagi, ramai pemorex ingat benda-benda ni basic sangat and mereka dah tahu, so kau nak tahu apa yang kebanyakkan pemorex buat?”, jelas Jamlus Jackson kat aku sambil tanya balik kat aku

“apa dia?”, balas aku pantas

“mereka gunakan teknik yang komplikated dan kebanyakkan reka teknik sendiri , ramai pemorex ingat mereka tak berjaya sebab ilmu forex mereka tak cukup lagi, tapi sebenarnya bukan”, jawab Jamlus Jackson lagi.

“apa maksudnya”, tanyaku lagi.

“maksudnya mudah, ramai pemorex bukannya tak cukup ilmu forex, malah ramai dah terlebih ilmu, masalahnya bila dah terlebih ilmu, pemorex menjadi terlebih kreatif ”, jelas Jamlus Jackson lagi, dia diam sekejap menghirup sisa terakhir air suam. Kemudian dia bersuara lagi, katanya.

“so teknik terbaik ialah teknik basics, macam tu ker”, tanya aku lagi.

Jamlus Jackson diam sekejap, kemudian dia bersuara

“bukan, teknik terbaik adalah teknik yang sesuai dengan personaliti engkau dan pada aku ianya ada ciri-ciri tersendiri ”, kata Jamlus Jackson lagi

“apa dia ciri-ciri tu”, tanyaku lagi.

Jamlus Jackson diam lagi, kemudian dia kata.,“k.i.s”

“Apa k.i.s tu”, tanya aku lagi

“Keep it simple, lagi simple lagi baik”, jelas Jamlus Jackson kat aku sambil merenung jam kat tangan. Kemudian katanya lagi,” nah kau ambik tumb drive ni” sambil tangan kanannya menyeluk saku sebelah kanan jeans usangnya dan kemudian menghulurkan tumb drive kingston bersaiz 32G kat aku.




“apa ni”, aku tanya kat dia

“engkau ni, nama jer engineer, tumbdrive pun tak kenal”, balas Jamlus Jackson lagi

“Iye ler, tu aku tahu, maksud aku apa kat dalam ni”, tanya aku balik kat dia

“ni aku punya forex journal, 7 tahun punya cerita, everyday aku buat catatan untuk improvekan aku punya mind set, kau baca dan kau teliti sendiri, mana yang elok engkau ambik jadikan tauladan mana yang tak elok pun engkau ambik juga jadikan sempadan ”, jelas Jamlus Jackson lagi.

Jamlus Jackson bagi aku kebenaran untuk publishkan journal dia kat dalam blog aku ni.

Nanti aku sambung balik, sehingga berjumpa lagi.

Monday, February 21, 2011

Biar Betul Part 9

Aku senyap sekejap,kami leka memerhati kereta yang lalu lalang kat situ. Kemudian aku bersuara lagi, aku tanya kat Jamlus Jackson “ so apa cara terbaik nak cari lubuk ?“

Jamlus Jackson tanya kat aku balik,” kalau memancing kat laut, macam mana kau cari lubuk ikan”.

“biasanya juragan bot yang cari, dia cari guna fish finder, machine tu boleh nampak permukaan dasar laut dan kadang-kadang ikan besar pun boleh nampak dekat screen”, jelas aku lagi sambil mengimbas kembali pengalaman memancing aku ketika muda remaja. Aku teringat pengalaman aku fight dengan ikan merah seberat 9 kilo, aku ambik masa 45 minit nak daratkan ikan tu kat dalam bot.

“nahh itu ler jawapan soalan kau tadi”, kata Jamlus Jackson lagi

“apa dia?, tak paham aku”, jawab aku pantas

“kalau nak cari lubuk kat dalam forex, kau kena gunakan fish finder jugak..cari model yang ada USB port lepas tu cucuk kat notebook kau”, jawab Jamlus Jackson sambil ketawa sebab terasa lucu kat lawak yang dia buat sendiri.

“kau ni, aku serius ni, engkau ni ada bakat masuk rancangan raja lawak ni”, jawabku lagi.

“he he he , aku gurau jer, sebenarnya nak tahu macam mana nak cari lubuk kau kena ada teknik yang simple”, jelas Jamlus Jackson lagi.

“bang, excuse me, ni order abang tadi, no telepon saya ada saya tuliskan kat sini”, kata waiter yang ambik order tadi sambil menghidangkan roti telur dan teh tarik yang kami order tadi.




“time kasih”, balas Jamlus Jackson ringkas, diambilnya nombor telefon waiter tu dan disimpannya didalam wallet.

Jamlus Jackson diam sekejap.

“senang-senang jer awek tu bagi nombor handphone dia kat kau”, kata aku kat Jamlus Jackon

“tu lah, nanti kalau aku cakap aku hensem, kau cakap aku riak pulak”, balas Jamlus Jackson.

Hujan semakin lebat,aku menikmati teh tarik dan Jamlus Jackson tengah sibuk makan roti telur yang dia order tadi.

“dalam forex ni, makin banyak kau paham benda-benda basic tentang forex, makin mudah kau nak cari lubuk, ramai pemorex amatur ingat makin komplikated dia punya teknik makin bagus, pada aku tu satu kesilapan”, jelas Jamlus Jackson lagi

“benda-benda basic? apa dia tu?”, tanya aku lagi.

Berhenti dulu kat sini, sehingga berjumpa lagi.

Friday, February 18, 2011

My FX today cycle 3


Salam Forex kepada semua trader FX,

Setakat tarikh dan masa report ni di upload, aku masih ada 5 position yang tengah floating dan 2 position pula tengah pending. Seperti biasa, aku tidak akan memberi sebarang ulasan terhadap 5 position yang tengah floating dan 2 position yang tengah pending ni.

Untuk urusniaga minggu ni (14/02/11 – 19/02/11) aku memperolehi sebanyak 173 pips hasil dari 2 position Win ( Rujuk gambar kat atas ni ). 2 position yang untung tu adalah hasil dari position buy pair cadjpy and pair eurjpy. Urusniaga forex aku minggu ni menyaksikan aku cancel 2 position iaitu pair nzdchf dan pair audusd dan masing masing adalah position buy. Aku akan mengulas tentang position “Win A” dan “Cancel B” dalam laporan aku kali ini.

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan. Umpama: Dua pemancing yang duduk bersebelahan dalam bot yang sama, tidak bermakna kedua-duanya akan dapat hasil yang sama. Kalau nak faham “mind set” ni kena ikut series Biar Betul kat dalam blog aku ni]


Penjelasan position Win A( Buy pair cadjpy)

Sila rujuk gambar kat bawah ni. Seperti biasa teknik yang aku gunakan adalah Fibonacci retracment dan aku hanya akan ambik sesuatu position jika dan hanya jika position tu retrace sekurang-kurangnya 50%. Pada tarikh 10/02/11, aku lihat retracment melebihi 50% fibo sudah terbentuk dan hampir mencecah 38.2 fibo yang aku tandakan sebagai poin C. Start price pada hari berikutnya menjadikan poin C sebagai pelengkap terhadap plan dan strategi yang aku gunakan. Iaitu poin A, poin B dan poin C sudah terbentuk dengan jelas. So aku pun buat pending order buy atas sedikit dari poin B, take profit dekat fibo 161.8 and stop loss dekat poin A. Dah dijadikan suratan position kali ni aku win, maka pending position buy stop aku untuk pair ni trigger on 10/02/11 and floating selama 5 hari dan kena take profit aku pada 15/02/11. Alhamdulilah dapat juga 120 pips.


Penjelasan position Cancel B( Buy Stop pair nzdchf)

Pada 14/02/11 aku lihat ada pembentukan poin C, dimana aku nampak pair tu retrace melebihi 50% fibo. Macam biasa aku tandakan point tu sebagai pelengkap untuk plan dan strategi forex aku. Poin A,B dan C sudah terbentuk dengan jelas. Aku letak TP dekat 161.8 fibo, SL dekat 0.0 fibo ( poin A) and entry dekat poin B. Tapi pair nzdchf menyaksikan kejatuhan mendadak selang beberapa hari selepas itu, penurunan berlanjutan sehingga memintas poin C yang aku tandakan sebagai pelengkap. Bila kejatuhan harga telah melewati poin A maka aku cancelkan position tu. So macam biasa, pada aku lebih baik tak kena dari kena tapi loss. Alhamdulillah keseluruhan urusniaga Forex aku minggu ni memberi 173 pips dan tiada sebarang loss.

Thursday, February 17, 2011

Biar Betul Part 8

“Sebab kat situ tak ada ikan, better cari lubuk lain, jurangan bot biasanya tahu spot-spot lubuk yang banyak ikan ”, jawab aku ringkas

Kemudian aku tanya Jamlus Jackson, “So apa kaitannya dengan forex”, tak sabar nak dengar penjelasan Jamlus Jackson.

Jamlus Jackson terdiam sekejap, kemudian katanya lagi,” kau lapar tak?”.

“Tak jugak”, jawab aku ringkas

“Aku hujan-hujan macam ni terasa lapar pulak, mana budak waiter ni”, kata Jamlus Jackson sambil matanya ligat mencari kelibat budak yang ambil order.

“Dik, dik sini sekejap”, jerit Jamlus Jackson, lawa jugak budak waiter tu aku tengok, macam Maya Karin. Budak waiter tu melangkah menuju kat meja kami.

“Iye bang, nak order ker”, tanya budak waiter tu

“Iye”, jawab Jamlus Jackson ringkas.

“Tapi sebelum tu, boleh bagi abang sekali nombor telefon adik tak”, kata Jamlus Jackson aku nampak macam nak mengorat jer.

“Boleh tapi abang kena order dulu”, jawab budak tu ringkas sambil tersenyum.

“Oh… macam tu ker, kalau macam tu bagi abang roti telur satu, kau pulak nak order apa”, tanya Jamlus Jackson kat aku.

“Bagi saya teh tarik kurang manis lagi satu”, kata aku lagi.

“Tu aje ke bang”, tanya budak waiter tu lagi.

“Tu aje, jangan lupa pulak bagi nombor telefon adik kat abang”, balas Jamlus Jackson lagi.

Budak tu pun berlalu pergi, kemudian aku cakap kat Jamlus Jackson,” kau tak jawab lagi pertanyaan aku tadi”

Balas Jamlus Jackson,” Aku dah lost tengok awek lawa tadi, kita berhenti takat mana tadi”

“ Takat bila kau cakap pasal cari lubuk masa memancing tu ada kaitan dengan main forex”, jelas aku.

Aku meneguk lagi sisa terakhir teh tarik yang tinggal kat dalam gelas, sambil menanti penjelasan lanjut dari Jamlus Jackson. Jamlus Jackson diam sejenak, kemudian dia bersuara lagi, kata dia kat aku.

“Dalam forex ni, market tak menentu, ada masanya market ranging, ada masanya trending sama ada up atau down, tapi ramai trader forex main forex ikut masa yang dia suka bukan ikut market”, jelasnya ringkas.

“Tak berapa faham ler aku, cuba kau explain lagi”, tanya aku tergesa-gesa.

“Kalau teknik yang engkau gunakan contohnya trend following, so lubuk kau kat forex bila currency tu betul-betul tengah trending. Kalau teknik yang kau gunakan adalah teknik masa market tengah ranging, so lubuk kau kat situ. Ramai trader forex tak reti nak cari lubuk, semasa main forex engkau sendiri kena jadi jurangan bot, so maksudnya engkau sendiri kena cari lubuk”, jelas Jamlus Jackson lagi

Stop dulu kat sini, sehingga berjumpa lagi

Tuesday, February 15, 2011

Biar Betul Part 7

Aku tanya Jamlus Jackson,”so maksud kau jangan tukar teknik walau apa pun terjadi?”

“Yeap”, jawab Jamlus Jackson ringkas, kemudian dia tanya lagi. “ macam aku cakap, main forex ni kena guna mind set seorang pemancing, tak ada pemancing salahkan teknik memancing dia, paling-paling pun macam kau cakap sebelum ni, pemancing akan minta juragan bot cari lubuk lain”

“so cari lubuk lain tu kalau nak apply dalam forex maksud dia apa?” tanya aku lagi

Jamlus Jackson meneguk lagi air suam, kemudian dia tanya kat aku,”sebagai pemancing berpengalaman kenapa kau cari lubuk lain?”

Entah tidak semena-mena,

“Assalammualikum bang”, sapa mesra seorang budak lelaki sambil menghulur tangan kat aku dan kemudian Jamlus Jackson, tak sempat aku nak jawab soalan Jamlus Jackson tadi.

Kami bersalaman dengan remaja tu,

“Walaikummusalam dik, ada apa?”, aku tanya kat budak tu.

“Maaf menggangu yer bang, saya ambik masa abang sekejap”, kata budak tu lagi.

Aku hanya menggangguk, budak tu menjelaskan lagi

“Ni bang, saya ada jual cd lagu kanak-kanak keluaran terbaru, selain tu saya jugak ada jual buku untuk color-color buat kanak-kanak”, jelasnya lagi sambil menghulurkan buku dan cd tu kat aku dan juga Jamlus Jackson.

Aku belek cd dan buku color tu, kemudian aku tanya,” how much?”

“cd tu 10 ringgit dan buku tu pulak 15 ringgit”, sahut budak tu lagi

“ok ler aku ambik”, sambil tangan aku menyeluk poket mengeluarkan wallat, aku tanya kat Jamlus Jackson, “kau tak nak beli ker”.

Jamlus Jackson hanya mengeleng kepala sambil tersenyum, kemudian dia kata,” tak apa time kasih, aku dah beli cd dan buku tu semalam”

Kami bersalaman dan budak tu pun berlalu pergi.


Suasana senyap lagi, kedengaran hanya bunyi hujan yang masih turun dengan lebat, sesekali ada guruh berdetum.

Jamlus Jackson berkata lagi, “ aku suka betul tengok budak sekarang ni, kecik kecik lagi dah business minded”

“Iye, aku pun kagum jugak. Kecik-kecik lagi dah reti business. Bukan senang nak sapa orang yang kita tak kenal sebab nak jual benda benda macam ni”, jawab aku lagi

“ Kita bual tadi sampai kat mana “, tanya aku kat Jamlus Jackson

Jamlus Jakson meneguk air suam dan berkata lagi” setakat mana tadi ya….ha aku tanya kau tadi kenapa,”sebagai pemancing berpengalaman, kenapa kau cari lubuk lain?”“.

Hujan semakin lebat dan guruh serta kilat bersambungan. Air teh tarik aku dah tinggal suku gelas. Kemudian aku jawab soalan Jamlus Jackson.

Bersambung lagi, insallah lepas ni aku sambung balik, sehingga berjumpa lagi

Sunday, February 13, 2011

Biar Betul Part 6

Selesai jer solat asar , aku dengan Jamlus Jackson sambung lagi lepak kali ni kat kedai mamak sebelah masjid. Cuaca masa tu agak mendung, nampak macam nak hujan jer. Jamlus Jackson macam biasa , order air suam. Aku pulak order teh tarik kurang manis. Kalau sapa-sapa tak biasa dengan Jamlus Jackson, mesti ingat dia ni kedekut, sebab kalau minum kat kedai kopi, asyik order air suam kosong jer. Aku pernah tanya kat dia kenapa setiap kali minum kat kedai kopi asyik minum air suam jer. Dia kata sebab air suam tu lebih sihat untuk kesihatan.

Jamlus Jackson memulakan dialog ,” Hujan hujan macam ni kalau kat atas katil dengan wife ni mesti best ni”

“Apa benda kau citer ni, hujan-hujan macam ni sebut-sebut katil pulak, citer forex tadi tak habis lagi”, gesa aku. Hujan mula turun, mula-mula renyai tapi makin lama makin lebat.

Jamlus Jackson bersuara lagi,” kau kat rumah ada pakai astro tak?”

“Ada”, jawab aku ringkas, kemudian aku tanya,” Kenapa?

“Aku kat rumah pakai Astro Beyond, kalau cuaca buruk macam nei, sure tak ada problem aku tengok Halimah Jongang kat astro prima”, balas Jamlus Jackson

“Tak sangka kau minat jugak citer tu, aku pun minat jugak, dulu aku minat tengok CSI tapi sekarang ni tak lagi, aku lebih minat tengok cerita Halimah Jongang”, balasku lagi.

Suasana agak tenang. Cuma deraian air hujan saja yang kedengaran. Jamlus Jackson bersuara lagi,”Macam aku cakap tadi, kalau kita memancing tak ada gerenti kita dapat ikan dan kalau kita main forex pun tak ada gerenti kita dapat duit , kau setuju tak kalau aku kata Forex dan memancing actually tak jauh beza?”. tanya Jamlus Jackson

“Setuju ler jugak”, jawab aku ringkas tapi aku masih agak keliru dan sangsi.

Jamlus Jackson bersuara lagi,“ Sekarang aku nak tanya,masa kau pegi memancing dan kalau asyik tak ada ikan, dah pancing lama pun masih tak dapat jugak ikan, kebiasaannya apa engkau buat?”.

Aku senyap sekejap, cuba nak proses and fahamkan soalan Jamlus Jackson. Kemudian aku jawap, “biasnya aku tido jer, tak pun aku minta juragan bot pindahkan bot kat tempat lain, cari lubuk lain”, jelasku lagi.

Jamlus Jackson meneguk lagi air suam yang dia order kemudian dia berkata lagi,” jawapan tu yang aku tunggu, tak ada pemancing yang akan cakap dia gagal dapat ikan sebab teknik pancing yang dia guna tu salah”

Aku diam cuba nak fahamkan apa yang Jamlus Jackson jelaskan, tanya aku lagi

“iye, so apa kaitannya dengan Forex”,

Terang Jamlus Jackson lagi,”Dalam Forex pun kau kena guna mindset yang sama, kalau loss or tak dapat ikan, masalahnya bukan pada teknik, masalahnya bukan kat cara or teknik kau memancing, tapi kau tahu apa kebanyakkan trader Forex akan buat bila mereka loss, expecially kalau loss berturutan ”.

“Apa?”, tanya aku lagi.

“Mereka tukar teknik”, jawab Jamlus Jackson lagi.

“ kbooooooooooooooooommmmmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Bunyi kilat sambung menyabung, terkejut aku. Jamlus Jackson aku nampak tenang jer. Perbincangan kami semakin hangat. Kemudian aku tanya lagi kat Jamlus Jackson.

Ikuti lagi sambungannya dilain masa. Kepada pemorex semua, selamat maju jaya dan semoga berjaya, mantapkan mind set dan tingkatkan ilmu Forex anda setiap masa. Sehingga bertemu lagi.

Saturday, February 12, 2011

My FX today cycle 2

Salam Forex kepada semua trader,

Merujuk kepada 2 position yang win dalam (My FX today cycle 1), ni aku nak ulas sikit mengapa aku pasang position tu. Aku guna daily chart untuk trade dan untuk penjelasan kali ni sila rujuk rajah kat atas. Untuk makluman aku guna teknik Fibonacci retracement dan aku hanya ambik sesuatu trade jika dan hanya jika price tu retrace paling kurang 50%. Pada 6/2/2011, aku dapati pattern retracement yang aku tandakan dengan 123 dah complete form, Fibonacci aku tarik dari point 2 hingga 1 and retracment yang ada lebih dari 50%. So syarat trade aku dan complete, so apa lagi, aku pun letak pending order buy dekat brakeout point 1. Brakeout dekat point 132.95 mengena tetapi tak lepas and turun balik. Aku rasa fadumental tak favor point brakeout yang aku expect. Tapi pada 9/2/2011 aku nampak sekali lagi Fibonaci punya retracement form dan aku tandakan dengan ABC. So aku letak lagi pending order buy dekat 133.36. Untuk make sure aku punya position pertama tidak overlap dengan position buy kedua, aku pun adjust take profit berdasarkan spread pair GBP/JPY supaya kalau position kedua aku mengena, aku punya position 1 dah close dulu. Pada 10/02/2011, brakeout aku at point B mengena dan kali ni aku nampak faudumental favor aku punya position. Harga terus lajak sampai aku punya Take Profit. Syukur kali ni mengena. Untuk makluman aku punya take profit aku letak pada 161.8 Fibonacci extended. Kali ni rezeki aku, esok lusa tak tahu lagi.

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Biar Betul Part 5

“Ada apa?, urgentkah? muka nampak serius semacam jer”, aku tanya Jamlus Jackson, setelah melihat dia leka menekan-nekan butang handphonenya, pertanyanaan aku tidak berjawab.

Tiba-tiba “puuuuuuuuuuuuttttt”

“Hei kau kentut ker”, segera aku menerjah Jamlus Jackson

“Engkau ni, kentut pun nak kecoh, cerita forex kita dah sampai kat mana tadi”, jawab Jamlus Jackson pantas. Nampak sangat macam nak cover malu, tak senonoh betul perangai budak ni, Relax-relax jer dia kentut kat kedai kopi.

Minah kat situ aku nampak macam jeling-jeling semacam jer, lepas tu siap bisik-bisik lagi kat kawan-kawan, pastu ketawa ramai-ramai.

“Oh yer, kau cakap tadi main forex ni macam pancing ikan kat laut, tak faham ler aku, better kau explain details lagi kat aku”, segera aku bertanya kat Jamlus Jackson. Isu kentut tu malas aku nak perbesar-besarkan. Aku lebih berminat nak tahu lebih banyak pasal Forex berbanding dengan kentut. Suasana sunyi sejenak, mungkin nak tune balik sebab isu kentut tadi agak menggangu. Setelah keadaan kembali ok, Jamlus Jackson bersuara kembali:

“Simple, kau kaki pancingkan? Kau biasa tak pegi pancing kat laut”, tanya Jamlus Jackson

“Biasalah jugak, dulu-dulu masa aku masih hensem almost tiap-tiap bulan aku pegi pancing laut ”, kata aku sebagai menjawab pertanyaan Jamlus Jackson.

“Bukan apa , sebab nak berjaya dalam Forex ni memang sebijik macam kau pancing ikan kat laut ”, Jamlus Jakson terdiam sekejap, hirup seteguk air suam kemudian sambungnya lagi

“Bila kau pancing ikan kat laut, ada gerenti tak kau akan dapat ikan banyak?”, tanya Jamlus Jackson kat aku.

“Depend, tengok tempat, kalau kena lubuk baik memang boleh dapat, kalau tak, anak ikan pun tak boleh nak dapat”, jelas aku pada Jamlus Jakson. Kenangan aku memancing ikan bersama rakan-rakan ketika muda-muda dulu segera terbayang kat dalam minda.

“Tak ada gerentikan? Kau boleh dapat banyak ikan?, tanya Jamlus Jackson kembali.

“Iye”, jawab aku.

“Main Forex pun sama, tak ada gerenti”, Jamlus Jackson terdiam sejenak kemudian dia berkata lagi, “Ok aku nak tanya kau satu soalan, kalau tahu tak ada gerenti nak dapat ikan, mengapa kau pegi memancing , baik beli ikan kat hyper market, gerenti boleh dapat ikan”, kata Jamlus Jackson sambil merenung jam ditangannya.

Aku terdiam seketika kemudian aku kata kat dia “iye lah , kaki pancing pegi laut untuk pancing ikan bukan pasal nak dapat ikan, trill tarik ikan tu yang penting. Dapat tak dapat ikan tu perkara ke dua”, jelas aku kepada Jamlus Jackson bersungguh-sungguh.

“Sebab tu aku cakap Forex pun engkau kena buat macam tu”, jelas Jamlus Jackson lagi.

“Macam mana, tak paham ler aku”, tanya aku kembali.

Suasana senyap sejenak, aku menanguk lagi air sirap limau. Jamlus Jackson pula merenung lagi jam kat tangannya. Kemudian dia berkata lagi,

“Dah masuk waktu asar ler, baik kita solat dulu”, kata Jamlus Jackson

“Tapi, citer kita tak abis lagi ni”, balas aku kat dia.

“Engkau ni , lepas solat nanti kita sambung balik kat kedai mamak sebelah masjid tu, solat tu lebih penting”, Jamlus Jackson kata kat aku sambil berjalan meninggalkan meja.

“oooiii…..oooiii… ni semua sapa nak bayar ni”, segera aku sergah dia ketika dia mula melangkah meninggalkan aku sorang-sorang kat meja tu, macam nak suruh aku bayar jer.

“engkau ni….kecoh betul.. aku dah bayar dah semua tu masa pegi toilet tadi, jom, jom cepat nanti tak sempat berjemaah kat masjid”, kata Jamlus Jackson.

Kami melangkah menuju kat masjid berhampiran. Suara azan asar sedang bergema

Ikuti sambungannya nanti. Kepada semua pemorex, Jamlus Jackson akan jelaskan kepada aku macam mana nak success main forex ni. Aku pun nak solat dah ni, Ishak dah masuk, lepas ni aku nak tengok citer Halimah Jongang pulak kat astro prima, kalau leka menaip ni nanti terlepas pulak aku episod minggu ni. Sehingga bertemu lagi

Friday, February 11, 2011

My FX today cycle 1

Salam Forex kat semua trader,
Alhamdullilah, untuk urusniaga minggu ni aku dapat 76 pips dari 2 position, 4 position pulak masih pending setakat tarikh dan masa report ni di upload, position untung aku dapat dari pair GBP/JPY untuk 2 position buy. Kat bawah ni aku tunjukkan result urusniaga forex aku untuk minggu ni (7/2/11 hingga 11/2/11).

Dalam ruangan ni, aku memang sengaja tak akan cerita tentang position lain yang tengah pending mahupun floating. Bukan apa, aku tak nak ada pulak sapa-sapa yang jadikan pendapat aku ni sebagai bahan rujukan, so awal-awal lagi aku bagitahu, dalam ruangan ini aku hanya cerita tentang position yang dah close. Minggu ni jugak menyaksikan aku cancel sebanyak 8 position, sebab retracement yang aku jangka tak cecah aku punya expected breakout. Tak apa, biasa ler tu. Pada aku lebih baik tak kena langsung dari kena tapi loss.

Biar Betul Part 4

Sebelum aku sambung esei aku ni, aku nak kena ubah dulu nama samaran budak tu dari Janet Jackson kepada Jamlus Jackson. Bukan apa, semalam budak tu call aku, dia cakap kat aku dia tak kisah kalau story pasal dia masuk kat dalam blog aku. Cuma dia tak nak aku tukar jantina dia jer.

Sambung balik cerita, sekembalinya Janet Jakson atau kini dikenali sebagai Jamlus Jackson dari tandas dia duduk, diam sejenak.

Kemudian dia cakap, ”Nak rokok?”,
Sambil tangannya hulurkan sekotak rokok dunhil kat aku.

Aku jawab, “Tak ape, terima kasih aku tak merokok, kau tak nampak ker gambar baby kat kotak rokok ni, bahaya isap rokok ni tau” , balas aku sambil menuding jari telunjuk kat gambar baby yang tak cukup bulan kat tepi kotak rokok tu.

Jamlus Jackson terdiam sambil matanya leka memerhati gambar yang aku tudingkan tadi, kemudian dia bersuara lagi,”iye ler, tak perasan pulak aku”

Seterusnya Jamlus Jackson bersuara lagi, “Main forex ni macam pancing ikan kat laut”,
Dia berhenti sejenak untuk meneguk air suam kosong yang dia baru order sebentar tadi.

Kemudian dia bersuara lagi, “Ingat tak bila aku cakap tadi walaupun aku dah main Forex ni masuk ni dah tahun ke 9, tapi experience aku sama macam budak yang baru main forex 4 minggu”

Aku menggangguk dan menjawab,”Ingat, tapi apa maksudnya”

Dia tersenyum, kemudian dia bersuara kembali sambil ketawa,”ha ha ha ha aku tipu”

Aku tak paham, tah apa-apa ler dia punya lawak. Buat lawak lepas tu ketawa sendiri. Apa-apa pun aku tumpang ketawa sekali, sebagai hadiah sagu hati. Tak ketawa pulak aku risau dia kecil hati.

Kemudian dia bersuara lagi, ”ok ok ok..macam ni, ramai pemorex tak dapat stick dengan plan dan strategi yang sama secara terus menerus, mudah sangat sangsi pada kemampuan plan dan strategi yang dirancang, sebab tu aku suka cakap main forex macam pancing ikan kat laut”

“ok, explain sikit, engkau ni aku nampak macam terror jer”, balas aku sambil menangguk kepala.


“aku memang terror, selain tu aku jugak hensem”, jawab Jamlus Jackson sambil ketawa. Perangai dia memang macam ni, selalu buat lawak lepas tu syok sendiri. Belum sempat Jamlus Jackson menyambung dialognya,

Tiba-tiba “ tttuuutttttt,,,,tuuutttt,,,ttttttuuuuuutttttt”, hand phone Jamlus Jackson berbunyi. Ada SMS masuk katanya. Jamlus Jackson segera mencapai handphone dari dalam poket seluar jeannya dan mengeluarkan handphone.

“Wife aku hantar SMS”, katanya dan jarinya leka menekan-nekan butang handphonenya.

Aku hanya diam memerhati tingkah lakunya.

Setakat ni dulu untuk hari ni, bersambung lagi ler pulak, insallah esok lusa aku sambung balik. Selamat Memorex kepada semua, main Forex ni tak payah nak tamak-tamak, urang tamak tu bukannya setakat rugi, orang tamak kalau main Forex ni selalunya rugi lepas tu kena margin call. Sehingga bertemu lagi.

Thursday, February 10, 2011

Biar Betul Part 3

DISIPLIN tu “peraturan” dan peraturan tu pulak bermakna ianya satu perkara yang kita mesti patuhi. Dalam Forex, ramai pemorex ada set dan peraturan mereka sendiri yang unik. Masalahnya nak follow peraturan tu jer yang susah. Persoalannya sekarang? Mengapa susah sangat nak follow peraturan tu. Jawapnnya mudah : sebab ramai pemorex tak berDISPLIN untuk follow peraturan. Yer ler, dah ler peraturan buat sendiri, lepas tu diri sendiri pulak yang kena monitor diri sendiri sama ada boleh obey peraturan yang diri sendiri buat. So apa jadi, ramai pemorex langgar peraturan bila memorex.

Sebagai manusia kita ni perlu peraturan, tetapi kena ada pihak lain yang pantau kita sama ada kita ikut peraturan atau tidak. Bila tak ikut peraturan sebagai manusia kita mesti nak kena denda, makin mahal denda tu makin mudah pulak nak follow sesuatu peraturan.

Dalam forex pulak, pasal peraturan tu kita buat sendiri, maka ramai pemorex tanpa sedar sentiasa membuka ruang dan mencari alasan yang membolehkan “ ok tak payah follow rule kali ni”. Sekali tak follow ianya akan berlanjutan sampai bila bila.


Sekali tu aku minum petang dengan seorang pemorex amatur. Entah, dia cakap dia pemorex amatur tapi aku nampak macam pemorex pro jer, sebabnya mudah: tiap kali aku jumpa dia, dia nampak macam orang kerja sebagai pengganggur jer,jeans dia asyik koyak jer kat lutut, baju pun asyik pakai baju t-shirt cap angsa putih jer. Kasut dia pun aku nampak macam kasut untuk main futsal jer, cuma setahu aku, dia ni ada keta, anak bini and rumah , semua nak kena bayar tiap-tiap bulan tu. Kalau pemorex amatur sepatutnya dia ada keja macam orang lain, kerja makan gaji. Ni tidak, aku nampak dia lebih macam urang yang keja sebagai pengganggur dari orang yang keja makan gaji. So andaian aku dia ni seorang pemorex profiosional, tak payah susah-susah keja makan gaji. Saja tak nak mengaku tu.

( NOTA : Dia bagi kebenaran aku tulis pasal dia kat dalam blog ni, Cuma dia tak bagi aku guna nama betul dia, nota ni khusus aku bagi kat budak tu kalau dia terbaca artikal aku kat blog ni, So: aku bagi dia nama samaran Janet Jackson. Ok sambung balik pasal cerita masa minum petang tu.)

Sambil minum Nescafe tarik kurang manis, Janet Jackson tu cakap kat aku dia dah memorex masuk ni dah 8 tahun. Woooowwww…. 8 tahun tu nampak macam lama. Kemudian dia cakap,

“ Mesti kau aku ingat aku ni dah banyak experience. Percaya atau tidak walaupun aku dah memorex masuk tahun ke 9, aku masih tak terror lagi, paling-paling pun experience aku macam orang yang baru ada pengalaman 4 minggu main forex……

Aku tanya dia balik, “Mengapa pulak?”

Dia jawap, ”Sebab tiap-tiap kali main forex, paling lama aku boleh maintain and follow sesuatu plan dan strategi hmmm susah nak cakap paling-paling pun 4 minggu”

Aku cakap balik, ”Engkau ni tipu, ni saja nak mengaku tak ade duit and nak suruh aku bayar ler niiii”

Dia terdiam sekejap kemudian dia cakap “ he he he he aku pegi toilet dulu, lepas ni aku story balik kat engkau”

Dia pun bangun dan berjalan menuju ke toilet.

Bersambung ler pulak, so besok lusa nanti aku sambung balik. Aku ada meeting kat kedai kopi lepas ni, aku baru jer terima SMS dari kekawan ajak lepak-lepak sambil tengok kereta dan motor yang lalu lalang kat situ, so take care. Kepada semua pemorex selamat Memorex, hati hati bila Memorex tu, sehingga berjumpa lagi

Wednesday, February 9, 2011

Biar Betul Part 2

Perkataan “DISIPLIN” ni pada aku macam biasa sangat aku dengar, rasanya sebelum masuk sekolah rendah lagi aku dah dengar perkataan ni. Pasti ramai tak percaya, tapi aku tak bohong bila aku cakap aku dengar perkataan “DISIPLIN” sebelum aku masuk sekolah lagi, macam mana tidak, ayah aku guru kat sekolah, guru disiplin pulak tu, aku tak kelentong bila aku cakap aku dah pernah dengar perkataan “ DISIPLIN” sebelum aku masuk darjah satu lagi.

Persoalannya sekarang apa kaitan DISIPLIN dengan forex. Mengapa aku cakap DISIPLIN ni penting sangat terutamanya bila nak main forex secara serius. Apa yang aku maksudkan tanpa DISIPLIN pemorex pasti gagal.

Macam aku cerita sebelum ni, bergurulah kat sapa-sapa pun, tidak ada jaminan anda akan berjaya. Sebabnya mudah, bila anda berguru anda menimba ilmu, ilmu ni macam air boleh di timba seberapa banyak yang kita mahu, kalau ilmu tu masih tak cukup lagi masih boleh timba lagi dan lagi, sekarang ni kat mana-mana boleh timba ilmu pasal forex ni, ada yang percuma dan ada juga yang nak kena bayar. Cuma masalahnya ramai pemorex ingat bila dia banyak ilmu dia dah terror, silapnya kat situ. Bila dah banyak ilmu tu bukan bermaksud yang pemorex tu dah terror, bila banyak ilmu tu ianya simply bermaksud yang pemorex tu dah banyak tahu.

Banyak tahu dengan terror ni berbeza. Umpama bila kita ambik lesen memandu, ramai yang lulus ujian objektif kat dalam kelas sebab dah tahu pasal dah study siap-siap sebelum test, tapi bila ujian pratikal kat jalan, gagal ler pulak, nak kena mengulang lagi ler tu.

So apa kaitan DISIPLIN dengan kejayaan seorang pemorex. Secara paling mudah ramai pemorex sebenarnya tidak berDISIPLIN. Mereka mempunyai satu strategi, tapi gagal setia pada strategi yang sama bila mengalami kerugian. Ramai pemorex berguru tapi masalah utamanya mereka gagal dalam bab “copy cat” DISIPLIN guru yang mengajar tu.
Apa yang berlaku dalam minda pemorex kebiasaannya macam ni:

Bila rugi jer

Dalam minda pemorex “…apa ni….macam mana rugi pulak…. , tak ape cuba lagi “

Dia pun cuba lagi guna strategi yang sama, tapi rugi lagi

Dalam minda pemorex “alamak…apa ni..rugi lagi..ishh..isshhh , tak ape cuba lagi “

Dia pun cuba lagi guna strategi yang sama, tapi rugi lagi

Dalam minda pemorex “cis tah apa-apa ler indikator ni, betul ker ni, memanjang jer rugi, macam tipu jer indicator ni, baik aku try teknik lain pulak“


Tu baru 3 kali rugi berturut-turut, apa kata kalau rugi 15 kali berturut-turut, boleh tahan ke minda tu menerima kerugian yang memanjang tu. Dalam 100 orang pemorex, paling-paling pun hanya 2 orang jer yang mampu bertahan dalam menggunakan strategi yang sama secara berterusan, selebihnya 98 orang lagi tu mula ler baca buku lagi, ubah suai indikator , pergi berguru lagi : kali ni dengan seorang guru dari Rusia ler pulak. Guru-guru forex dari Malaysia dah tak main. Sebenarnya guru-guru tu semuanya ok, yang tak ok hanya mereka yang memilih untuk memorex tanpa DISIPLIN.

So insallah besok lusa bila free aku story lagi , story pasal FOREX aku ni masih panjang, kalau ambil perumpamaan sebuah buku, ni semua baru tulisan-tulisan kat cover belakang buku jer, tak buka pun lagi muka surat pertama, sehingga berjumpa lagi.

Biar Betul Part 1

Salam Forex to semua trader,

Biar betul, senang ker nak kaya main forex ni?..well kalau baca dalam internet, baca kat dalam e-buku, baca kat dalam blog, baca buku kat library, dengar cerita kawan-kawan dan pelbagai lagi sumber....nampak macam senang sangat nak kaya. Biar betul, kalau senang sangat nak kaya main forex ni, sure masa ni aku dah drive lambrogini merciliago ( aku tak sure aku eja ‘merciliago’ ni betul ker tak ) hakikat sebenar masih ramai pemorex tak kaya raya sampai sekarang ni. Kenyataan sebenar sentiasa berlawanan dengan fantasi, terutama sekali dalam dunia forex ni.

So persoalan nya sekarang, boleh kaya and buat duit ker main forex ni?...pada aku kalau setakat buat duit …jual apam balik, nasi lemak, karipap atau kuih lapis kat simpang jalan pun insallah boleh buat duit. Masalahnya sekarang, dalam mana-mana bidang ..bila kita nak buat duit, masalah utamanya ialah kita ni tak “berDISIPLIN” dan dalam forex ni , “DISIPLIN” tu segala-galanya. Kalau nak cerita pasal DISIPLIN dalam forex ni….fuuuhhhh…susah….masa singkat sangat… aku rasa paling kurang pun mahu 2 minggu baru boleh habis. Kalau masuk sekali cerita pasal “money management” nak kena tambah 3 minggu lagi….so dah 5 minggu dah tu. Last sekali kalau nak cerita pasal “teknik dan strategi”…ni yang paling pendek…aku rasa 5 minit pun boleh selesai….so apa sebenarnya berlaku. Rata-ratanya semua pemorex setuju, kebiasaannya ini yang akan berlaku.

Dapat tahu pasal forex dari kekawan, internet…nampak macam best jer.

Lepas tu buat penyelidikan sendiri kat dalam internet..woowww memang best ni …boleh kaya ni….senang jer ni..price kalau tak naik..pasti turun

Lepas tu beli ebook, then pegi seminar 3 hari 2 malam kat dalam hutan, gua , hotel …senang cerita…ni kira pegi berguru ler ni….

Balik dari berguru, sampai jer kat rumah .. rasa tak sabar-sabar nak memorex, maklumlah….ilmu dah penuh kat dada ni.

So… bila mula jer…mula-mula ok, lepas tu tak ok, lepas tu ok balik, lepas tu tak ok, lepas tu tak ok, lepas tu buka “stop loss”..tak payah pakai ler “stop loss”…buat rugi jer….lepas tu ok, tapi tak lama lepas tu terus ko….

Sound familiar tak cerita ni?, kalau anda pemorex setia, mesti perkara ni pernah berlaku kat anda. Ia berlaku kat aku dan aku jamin akan berlaku juga kat anda. Kalau anda tak pernah lagi main forex tapi baru mula nak berjinak-jinak dengan forex..(AMBIL PERHATIAN : Anda telah di beri amaran ), anda beruntung sangat dapat tahu awal-awal lagi sebelum terkena.

Well aku…aku loss 3 live account dan kini dah insaf dan bermula lagi untuk kali ke 4. Apa penyelesaianya? Kini aku tahu penyelesaiannya cuma satu perkataan : DISIPLIN…ok ler…besok atau lusa insallah aku sambung lagi esei aku yang banyak kesilapan penggunaan tatabahasa ni….sehingga berjumpa lagi.

Tuesday, February 8, 2011

First story start today

Salam Forex to semua trader,
Blog ni khusus cerita pasal forex, so kalau anda seorang pemorex, atau anda baru mula nak berjinak dengan forex, so bookmark blog ni, cerita pasal forex akan aku muatkan kat dalam ni, semuanya dalam bahasa melayu. Senang aku nak tulis dan senang rakan-rakan yang faham bahasa melayu nak baca. Ni baru permulaan dan kira macam episod pengenalan, insallah banyak lagi akan menyusul. Dalam blog aku ni ada dua series, series MY Forex today cerita pasal backdated trade yang aku buat, manakala series Biar Betul pulak cerita pasal mind set, psychology yang perlu ada jika anda ingin berjaya sebagai Trader FOREX. Sehingga berjumpa lagi. Blog ini aku akan tutup pada awal 2016.