Wednesday, February 9, 2011

Biar Betul Part 2

Perkataan “DISIPLIN” ni pada aku macam biasa sangat aku dengar, rasanya sebelum masuk sekolah rendah lagi aku dah dengar perkataan ni. Pasti ramai tak percaya, tapi aku tak bohong bila aku cakap aku dengar perkataan “DISIPLIN” sebelum aku masuk sekolah lagi, macam mana tidak, ayah aku guru kat sekolah, guru disiplin pulak tu, aku tak kelentong bila aku cakap aku dah pernah dengar perkataan “ DISIPLIN” sebelum aku masuk darjah satu lagi.

Persoalannya sekarang apa kaitan DISIPLIN dengan forex. Mengapa aku cakap DISIPLIN ni penting sangat terutamanya bila nak main forex secara serius. Apa yang aku maksudkan tanpa DISIPLIN pemorex pasti gagal.

Macam aku cerita sebelum ni, bergurulah kat sapa-sapa pun, tidak ada jaminan anda akan berjaya. Sebabnya mudah, bila anda berguru anda menimba ilmu, ilmu ni macam air boleh di timba seberapa banyak yang kita mahu, kalau ilmu tu masih tak cukup lagi masih boleh timba lagi dan lagi, sekarang ni kat mana-mana boleh timba ilmu pasal forex ni, ada yang percuma dan ada juga yang nak kena bayar. Cuma masalahnya ramai pemorex ingat bila dia banyak ilmu dia dah terror, silapnya kat situ. Bila dah banyak ilmu tu bukan bermaksud yang pemorex tu dah terror, bila banyak ilmu tu ianya simply bermaksud yang pemorex tu dah banyak tahu.

Banyak tahu dengan terror ni berbeza. Umpama bila kita ambik lesen memandu, ramai yang lulus ujian objektif kat dalam kelas sebab dah tahu pasal dah study siap-siap sebelum test, tapi bila ujian pratikal kat jalan, gagal ler pulak, nak kena mengulang lagi ler tu.

So apa kaitan DISIPLIN dengan kejayaan seorang pemorex. Secara paling mudah ramai pemorex sebenarnya tidak berDISIPLIN. Mereka mempunyai satu strategi, tapi gagal setia pada strategi yang sama bila mengalami kerugian. Ramai pemorex berguru tapi masalah utamanya mereka gagal dalam bab “copy cat” DISIPLIN guru yang mengajar tu.
Apa yang berlaku dalam minda pemorex kebiasaannya macam ni:

Bila rugi jer

Dalam minda pemorex “…apa ni….macam mana rugi pulak…. , tak ape cuba lagi “

Dia pun cuba lagi guna strategi yang sama, tapi rugi lagi

Dalam minda pemorex “alamak…apa ni..rugi lagi..ishh..isshhh , tak ape cuba lagi “

Dia pun cuba lagi guna strategi yang sama, tapi rugi lagi

Dalam minda pemorex “cis tah apa-apa ler indikator ni, betul ker ni, memanjang jer rugi, macam tipu jer indicator ni, baik aku try teknik lain pulak“


Tu baru 3 kali rugi berturut-turut, apa kata kalau rugi 15 kali berturut-turut, boleh tahan ke minda tu menerima kerugian yang memanjang tu. Dalam 100 orang pemorex, paling-paling pun hanya 2 orang jer yang mampu bertahan dalam menggunakan strategi yang sama secara berterusan, selebihnya 98 orang lagi tu mula ler baca buku lagi, ubah suai indikator , pergi berguru lagi : kali ni dengan seorang guru dari Rusia ler pulak. Guru-guru forex dari Malaysia dah tak main. Sebenarnya guru-guru tu semuanya ok, yang tak ok hanya mereka yang memilih untuk memorex tanpa DISIPLIN.

So insallah besok lusa bila free aku story lagi , story pasal FOREX aku ni masih panjang, kalau ambil perumpamaan sebuah buku, ni semua baru tulisan-tulisan kat cover belakang buku jer, tak buka pun lagi muka surat pertama, sehingga berjumpa lagi.