Thursday, February 24, 2011

Biar Betul Part 11

SMS aku terima dari Jamlus Jackson :

“kalau kau buat untung hanya 3% sebulan, dan kau tak usik duit tu and biar dia compounding, selepas setahun engkau punya profit is 42.58% , pada profisional trader 42.58% tu satu jumlah yang besar, pada amatur trader 3% tu kecik sangat so dia plan nak buat profit 30%-70% sebulan, sebab tu ramai pemorex amatur lingkup, mereka risk more than what they can handle, and they keep telling themselves that to become a professional trader tu adalah satu yang mustahil. Mereka melakukan kesilapan sebelum bermula, dan sebaik sahaja bermula ianya disusuli dengan siri-siri kesilapan yang berterusan”.
– Jamlus Jackson, Penampang, Sabah

Tumb drive tu aku masih simpan sampai sekarang, masuk ni dah 5 tahun aku simpan, setiap hari bila ada kesempatan aku buka dan baca. Jamlus Jackson juga recommendkan aku baca buku-buku tertentu. Yang peliknya, hampir kesemua buku yang dia recommendkan aku baca bukannya buku pasal forex, tetapi buku pasal mind set.




Jamlus Jackson selalu kata kat aku, “ main forex ni, selagi mind set tak betul, engkau tak akan berjaya kerana bila engkau memorex ia selalunya bermula dengan 10% emotion dan 90% analisa teknikal, TETAPI, sebaik sahaja engkau mula loss, trading engkau akan jadi 90% emotion dan 10% analisa teknikal. Pada takat ini, engkau tidak ada pilihan melainkan gagal lagi untuk kesekalian kalinya dan akhirnya give up.”

Ramai pemorex ingat mereka bijak dan dah terror memorex bila mereka untung, that why ramai pemorex tidak dapat menerima hakikat jika rugi, kerana jika rugi ianya seolah-olah menunjukkan yang dia adalah seorang “loser”, so kerana nak avoid jadi loser ramai pemorex akan buka stop loss, so apa jadi. Kadang-kadang nasib menyebelahi dan kadang-kadang tidak dan semakin rugi. Kalau untung pula, lain pula ceritanya, kebanyakkan pemorex ambil untung secepat mungkin. Ni “syndrome fight or flight”, happen kat semua trader sama ada baru atau lama. Yang berbeza hanya cara kita handle.

Lepas ni, aku akan petik dan siarkan journal forex Jamlus Jackson untuk sama-sama kita nilaikan, macam Jamlus Jackson kata “ …mana yang elok engkau ambil jadikan tauladan mana yang tak elok pun engkau ambil juga jadikan sempadan ”.

Sehingga berjumpa lagi.