Saturday, February 26, 2011

Biar Betul Part 13

Februari 2008, Balikpapan Airport, 2.34pm

Kalau diberi pilihan untuk memilih antara kaya atau miskin, logik akal akan memilih untuk kaya, tetapi selagi minda tanpa sedar tidak diset untuk memilih kaya, aku tidak akan berjaya, kalau pun dapat, kebarangkalian besar akan hilang balik. Kalau apa yang aku buat selama ini memberi hasil seperti yang aku ada hari ini dan ianya bukan hasil yang aku harapkan, ini bermakna jika aku meneruskan cara yang sama maka hasilnya akan tetap sama, maka itu jika aku ingin hasil yang berbeza maka ubah caranya, ubah mind set and aku akan ubah segala-galanya

Minat serta keazaman untuk menjadi kaya perlu ada. Aku sendiri apabila umur mencecah lewat 30’an mulai sedar hakikat ini. Di mana-mana aku selalu terdengar perihal mereka yang dahulunya miskin kini hidup senang lenang dan kaya-raya, pelbagai cerita dan versi. Ada cerita tentang mereka yang menjadi jutawan hasil dari kegiatan jualan langsung, pelaburan komoditi, hartanah, perniagaan restoren, perniagaan warung, forex dan pelbagai lagi. Semua ini membakar semangat aku dan aku mula mengorak langkah dan berfikir mengapa tidak aku sendiri menjadi seorang jutawan. Apa kelebihan mereka dan apa kekurangan aku?

Bermulanya minat dan pentingnya minda seorang jutawan diselami. Aku memulakan langkah dengan membaca buku-buku berkaitan jutawan. Minda mereka mestilah difahami dan diselami. Apa yang ada pada mereka yang menjadikan mereka seorang jutawan dan mengapa mereka berjaya dan mengapa ramai lagi hanya mampu hidup sederhana dan menyara hidup dengan sekadar makan gaji dan menjadi pekerja. Bukan maksud aku untuk merendah-rendahkan golongan pekerja, tidak dinafikan ramai juga mereka yang berkerja dan mampu kaya dan senang lenang. Cuma hakikatnya golongan ini tetap seorang pekerja dan masih tidak punya kebebasan sepenuhnya. Aku sedar hakikat ini, malah aku sendiri dengan kerjaya aku sebagai pilot mampu hidup dengan senang walaupun tidak aku kategorikan sebagai mewah. Pendek kata ramai orang hanya sekadar mampu hidup dalam lingkungan keselesaan atau “comfort zone”. Lingkungan keselesaan ini mengalpakan ramai orang dan tanpa sedar ramai tidak terfikir untuk mengorak langkah menjadi jutawan, malah tidak terfikir langsung ianya dapat dicapai jika anda ingin capai. Menjadi jutawan dianggap sebagai satu perkara yang mustahil untuk dicapai. Dalam lain perkataan “jangan mimpi”. Teruskan kehidupan seperti biasa, makan gaji, sudah tua nanti ada pencen atau duit dari KWSP.

– di petik dari journal Jamlus Jackson, Balikpapan

Bila tengok gambar airport Balikpapan tu, aku teringat satu hari tu masa kat airport Kuching, masa tu keadaan agak sesak kerana ada pesawat air asia tersasar dari landasan, banyak flight delay so ramai penumpang sangkut kat airport.



Hujan pulak turun agak lebat, aku duduk kat restoren Mc Donald sambil baca buku dan minum kopi sementara tunggu flight aku ke Singpore yang dah delay hampir 6 jam. Tiba-tiba ada suara lembut menyapa dari belakang. Aku menoleh.

Sehingga berjumpa lagi.