Thursday, February 17, 2011

Biar Betul Part 8

“Sebab kat situ tak ada ikan, better cari lubuk lain, jurangan bot biasanya tahu spot-spot lubuk yang banyak ikan ”, jawab aku ringkas

Kemudian aku tanya Jamlus Jackson, “So apa kaitannya dengan forex”, tak sabar nak dengar penjelasan Jamlus Jackson.

Jamlus Jackson terdiam sekejap, kemudian katanya lagi,” kau lapar tak?”.

“Tak jugak”, jawab aku ringkas

“Aku hujan-hujan macam ni terasa lapar pulak, mana budak waiter ni”, kata Jamlus Jackson sambil matanya ligat mencari kelibat budak yang ambil order.

“Dik, dik sini sekejap”, jerit Jamlus Jackson, lawa jugak budak waiter tu aku tengok, macam Maya Karin. Budak waiter tu melangkah menuju kat meja kami.

“Iye bang, nak order ker”, tanya budak waiter tu

“Iye”, jawab Jamlus Jackson ringkas.

“Tapi sebelum tu, boleh bagi abang sekali nombor telefon adik tak”, kata Jamlus Jackson aku nampak macam nak mengorat jer.

“Boleh tapi abang kena order dulu”, jawab budak tu ringkas sambil tersenyum.

“Oh… macam tu ker, kalau macam tu bagi abang roti telur satu, kau pulak nak order apa”, tanya Jamlus Jackson kat aku.

“Bagi saya teh tarik kurang manis lagi satu”, kata aku lagi.

“Tu aje ke bang”, tanya budak waiter tu lagi.

“Tu aje, jangan lupa pulak bagi nombor telefon adik kat abang”, balas Jamlus Jackson lagi.

Budak tu pun berlalu pergi, kemudian aku cakap kat Jamlus Jackson,” kau tak jawab lagi pertanyaan aku tadi”

Balas Jamlus Jackson,” Aku dah lost tengok awek lawa tadi, kita berhenti takat mana tadi”

“ Takat bila kau cakap pasal cari lubuk masa memancing tu ada kaitan dengan main forex”, jelas aku.

Aku meneguk lagi sisa terakhir teh tarik yang tinggal kat dalam gelas, sambil menanti penjelasan lanjut dari Jamlus Jackson. Jamlus Jackson diam sejenak, kemudian dia bersuara lagi, kata dia kat aku.

“Dalam forex ni, market tak menentu, ada masanya market ranging, ada masanya trending sama ada up atau down, tapi ramai trader forex main forex ikut masa yang dia suka bukan ikut market”, jelasnya ringkas.

“Tak berapa faham ler aku, cuba kau explain lagi”, tanya aku tergesa-gesa.

“Kalau teknik yang engkau gunakan contohnya trend following, so lubuk kau kat forex bila currency tu betul-betul tengah trending. Kalau teknik yang kau gunakan adalah teknik masa market tengah ranging, so lubuk kau kat situ. Ramai trader forex tak reti nak cari lubuk, semasa main forex engkau sendiri kena jadi jurangan bot, so maksudnya engkau sendiri kena cari lubuk”, jelas Jamlus Jackson lagi

Stop dulu kat sini, sehingga berjumpa lagi