Friday, February 11, 2011

Biar Betul Part 4

Sebelum aku sambung esei aku ni, aku nak kena ubah dulu nama samaran budak tu dari Janet Jackson kepada Jamlus Jackson. Bukan apa, semalam budak tu call aku, dia cakap kat aku dia tak kisah kalau story pasal dia masuk kat dalam blog aku. Cuma dia tak nak aku tukar jantina dia jer.

Sambung balik cerita, sekembalinya Janet Jakson atau kini dikenali sebagai Jamlus Jackson dari tandas dia duduk, diam sejenak.

Kemudian dia cakap, ”Nak rokok?”,
Sambil tangannya hulurkan sekotak rokok dunhil kat aku.

Aku jawab, “Tak ape, terima kasih aku tak merokok, kau tak nampak ker gambar baby kat kotak rokok ni, bahaya isap rokok ni tau” , balas aku sambil menuding jari telunjuk kat gambar baby yang tak cukup bulan kat tepi kotak rokok tu.

Jamlus Jackson terdiam sambil matanya leka memerhati gambar yang aku tudingkan tadi, kemudian dia bersuara lagi,”iye ler, tak perasan pulak aku”

Seterusnya Jamlus Jackson bersuara lagi, “Main forex ni macam pancing ikan kat laut”,
Dia berhenti sejenak untuk meneguk air suam kosong yang dia baru order sebentar tadi.

Kemudian dia bersuara lagi, “Ingat tak bila aku cakap tadi walaupun aku dah main Forex ni masuk ni dah tahun ke 9, tapi experience aku sama macam budak yang baru main forex 4 minggu”

Aku menggangguk dan menjawab,”Ingat, tapi apa maksudnya”

Dia tersenyum, kemudian dia bersuara kembali sambil ketawa,”ha ha ha ha aku tipu”

Aku tak paham, tah apa-apa ler dia punya lawak. Buat lawak lepas tu ketawa sendiri. Apa-apa pun aku tumpang ketawa sekali, sebagai hadiah sagu hati. Tak ketawa pulak aku risau dia kecil hati.

Kemudian dia bersuara lagi, ”ok ok ok..macam ni, ramai pemorex tak dapat stick dengan plan dan strategi yang sama secara terus menerus, mudah sangat sangsi pada kemampuan plan dan strategi yang dirancang, sebab tu aku suka cakap main forex macam pancing ikan kat laut”

“ok, explain sikit, engkau ni aku nampak macam terror jer”, balas aku sambil menangguk kepala.


“aku memang terror, selain tu aku jugak hensem”, jawab Jamlus Jackson sambil ketawa. Perangai dia memang macam ni, selalu buat lawak lepas tu syok sendiri. Belum sempat Jamlus Jackson menyambung dialognya,

Tiba-tiba “ tttuuutttttt,,,,tuuutttt,,,ttttttuuuuuutttttt”, hand phone Jamlus Jackson berbunyi. Ada SMS masuk katanya. Jamlus Jackson segera mencapai handphone dari dalam poket seluar jeannya dan mengeluarkan handphone.

“Wife aku hantar SMS”, katanya dan jarinya leka menekan-nekan butang handphonenya.

Aku hanya diam memerhati tingkah lakunya.

Setakat ni dulu untuk hari ni, bersambung lagi ler pulak, insallah esok lusa aku sambung balik. Selamat Memorex kepada semua, main Forex ni tak payah nak tamak-tamak, urang tamak tu bukannya setakat rugi, orang tamak kalau main Forex ni selalunya rugi lepas tu kena margin call. Sehingga bertemu lagi.