Friday, February 25, 2011

My FX today cycle 4



Salam kat semua trader.

Minggu ni untuk urus niaga (21/02/2011-25/02/2011) menyaksikan aku cancel sebanyak 5 position dan lost sebanyak 1 position , aku juga masih mempunyai sebanyak 5 position yang masih floating, 1 tengah pending dan 1 position win dicatatkan setakat tarikh dan masa report ni diupload.

Dalam report kali ni aku akan mengulas mengenai position Loss A, Cancel B dan Win C( Rujuk rajah kat atas). Seperti biasa, position yang tengah pending dan floating tu aku tak akan ulas. Dah close nanti baru aku cerita. So minggu ni menyaksikan penurunan mendadak pair NZDJPY, macam biasa aku guna daily chart bila trade dan aku guna strategi Fibonacci retracment, daily chart sesuai dengan aku sebab movement harga lebih perlahan dan aku pula jenis yang tak suka mengadap komputer lama-lama untuk trading forex, paling lama aku trade hanya 15min jer sehari. Kalau ada setup yang ok aku terus pasang pending order. Untuk loss position buy pair NZDJPY, jumlah pips untuk loss tersebut adalah sebanyak 171 pips dan setara dengan 2% dari nilai equiti terkini yang aku laburkan. Manakala untuk win position jumlah pip yang berjaya dipungut ialah sebanyak 139 pips.

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]





Penjelasan position Loss A

Rujuk rajah kat atas ni. Pada 23/01/2011, aku lihat wujudnya pembentukan pelengkap yang aku panggil titik C. Ia juga menyaksikan Fibonacci Retracement mencecah 38.2 fibo. Pada tarikh 27/01/2011, titik B telah ditembusi, tetapi tidak mencapai takat 161.8 fibo. Berlaku penurunan semula dan aku mengambil kesempatan ini untuk memasang pending order buy stop yang kemudian nya trigger pada 31/1/2011. Pada 8/2/2011 menyaksikan titik B ditembusi, aku menjangka ianya akan mencapai 161.8 fibo, tetapi nampaknya jangkaan aku kali ini meleset, position tu floating selama 19 hari dan akhirnya close pada 22/02/2011 yang menyaksikan penurunan mendadak pair tersebut berkemungkinan besar akibat high impact faudumental. Titik A yang aku setkan sebagai stop loss mengena dan memberi aku loss sebanyak 171 pips. Selepas terkena stop loss aku pada harga 61.81, pair tersebut menyaksikan penurunan yang semakin ketara. Ini merupakan loss aku yang pertama untuk urus niaga sepanjang bulan februari 2011 ini.




Penjelasan position Cancel B

Sila rujuk rajah kat atas, pada tarikh 16/02/2011, aku menyaksikan pembentukan titik C yang aku kenali sebagai pelengkap telah berlaku , dan seperti biasa aku membuat pending order sell stop pada poin B sebab aku menjangka akan berlaku breakout pada point B kerana fibonnaci retracement sebanyak hampir mencecah 23.6 fibo telah berlaku. Jangkaan aku jelas meleset bila pegerakan terus mendaki naik sehingga melepasi poin A, sebaik sahaja poin A dilepasi aku terus cancelkan position itu.




Penjelasan position Win C

Sila rujuk rajah kat atas, pada 23/02/2011, aku lihat ada pembentukan poin C yang aku kenali sebagai pelengkap, Fibonacci retracment juga telah mencapai tahap 50.0 dan seperti plan dan strategi aku sebelum ni aku pun buat arahan buy pada poin B, Position tu trigger pada 23/02/2011 dan foating selama 3 hari sebelum mengena take profit aku pada 25/02/2011 dan memberi aku 139 pips.