Saturday, February 12, 2011

Biar Betul Part 5

“Ada apa?, urgentkah? muka nampak serius semacam jer”, aku tanya Jamlus Jackson, setelah melihat dia leka menekan-nekan butang handphonenya, pertanyanaan aku tidak berjawab.

Tiba-tiba “puuuuuuuuuuuuttttt”

“Hei kau kentut ker”, segera aku menerjah Jamlus Jackson

“Engkau ni, kentut pun nak kecoh, cerita forex kita dah sampai kat mana tadi”, jawab Jamlus Jackson pantas. Nampak sangat macam nak cover malu, tak senonoh betul perangai budak ni, Relax-relax jer dia kentut kat kedai kopi.

Minah kat situ aku nampak macam jeling-jeling semacam jer, lepas tu siap bisik-bisik lagi kat kawan-kawan, pastu ketawa ramai-ramai.

“Oh yer, kau cakap tadi main forex ni macam pancing ikan kat laut, tak faham ler aku, better kau explain details lagi kat aku”, segera aku bertanya kat Jamlus Jackson. Isu kentut tu malas aku nak perbesar-besarkan. Aku lebih berminat nak tahu lebih banyak pasal Forex berbanding dengan kentut. Suasana sunyi sejenak, mungkin nak tune balik sebab isu kentut tadi agak menggangu. Setelah keadaan kembali ok, Jamlus Jackson bersuara kembali:

“Simple, kau kaki pancingkan? Kau biasa tak pegi pancing kat laut”, tanya Jamlus Jackson

“Biasalah jugak, dulu-dulu masa aku masih hensem almost tiap-tiap bulan aku pegi pancing laut ”, kata aku sebagai menjawab pertanyaan Jamlus Jackson.

“Bukan apa , sebab nak berjaya dalam Forex ni memang sebijik macam kau pancing ikan kat laut ”, Jamlus Jakson terdiam sekejap, hirup seteguk air suam kemudian sambungnya lagi

“Bila kau pancing ikan kat laut, ada gerenti tak kau akan dapat ikan banyak?”, tanya Jamlus Jackson kat aku.

“Depend, tengok tempat, kalau kena lubuk baik memang boleh dapat, kalau tak, anak ikan pun tak boleh nak dapat”, jelas aku pada Jamlus Jakson. Kenangan aku memancing ikan bersama rakan-rakan ketika muda-muda dulu segera terbayang kat dalam minda.

“Tak ada gerentikan? Kau boleh dapat banyak ikan?, tanya Jamlus Jackson kembali.

“Iye”, jawab aku.

“Main Forex pun sama, tak ada gerenti”, Jamlus Jackson terdiam sejenak kemudian dia berkata lagi, “Ok aku nak tanya kau satu soalan, kalau tahu tak ada gerenti nak dapat ikan, mengapa kau pegi memancing , baik beli ikan kat hyper market, gerenti boleh dapat ikan”, kata Jamlus Jackson sambil merenung jam ditangannya.

Aku terdiam seketika kemudian aku kata kat dia “iye lah , kaki pancing pegi laut untuk pancing ikan bukan pasal nak dapat ikan, trill tarik ikan tu yang penting. Dapat tak dapat ikan tu perkara ke dua”, jelas aku kepada Jamlus Jackson bersungguh-sungguh.

“Sebab tu aku cakap Forex pun engkau kena buat macam tu”, jelas Jamlus Jackson lagi.

“Macam mana, tak paham ler aku”, tanya aku kembali.

Suasana senyap sejenak, aku menanguk lagi air sirap limau. Jamlus Jackson pula merenung lagi jam kat tangannya. Kemudian dia berkata lagi,

“Dah masuk waktu asar ler, baik kita solat dulu”, kata Jamlus Jackson

“Tapi, citer kita tak abis lagi ni”, balas aku kat dia.

“Engkau ni , lepas solat nanti kita sambung balik kat kedai mamak sebelah masjid tu, solat tu lebih penting”, Jamlus Jackson kata kat aku sambil berjalan meninggalkan meja.

“oooiii…..oooiii… ni semua sapa nak bayar ni”, segera aku sergah dia ketika dia mula melangkah meninggalkan aku sorang-sorang kat meja tu, macam nak suruh aku bayar jer.

“engkau ni….kecoh betul.. aku dah bayar dah semua tu masa pegi toilet tadi, jom, jom cepat nanti tak sempat berjemaah kat masjid”, kata Jamlus Jackson.

Kami melangkah menuju kat masjid berhampiran. Suara azan asar sedang bergema

Ikuti sambungannya nanti. Kepada semua pemorex, Jamlus Jackson akan jelaskan kepada aku macam mana nak success main forex ni. Aku pun nak solat dah ni, Ishak dah masuk, lepas ni aku nak tengok citer Halimah Jongang pulak kat astro prima, kalau leka menaip ni nanti terlepas pulak aku episod minggu ni. Sehingga bertemu lagi