Tuesday, February 15, 2011

Biar Betul Part 7

Aku tanya Jamlus Jackson,”so maksud kau jangan tukar teknik walau apa pun terjadi?”

“Yeap”, jawab Jamlus Jackson ringkas, kemudian dia tanya lagi. “ macam aku cakap, main forex ni kena guna mind set seorang pemancing, tak ada pemancing salahkan teknik memancing dia, paling-paling pun macam kau cakap sebelum ni, pemancing akan minta juragan bot cari lubuk lain”

“so cari lubuk lain tu kalau nak apply dalam forex maksud dia apa?” tanya aku lagi

Jamlus Jackson meneguk lagi air suam, kemudian dia tanya kat aku,”sebagai pemancing berpengalaman kenapa kau cari lubuk lain?”

Entah tidak semena-mena,

“Assalammualikum bang”, sapa mesra seorang budak lelaki sambil menghulur tangan kat aku dan kemudian Jamlus Jackson, tak sempat aku nak jawab soalan Jamlus Jackson tadi.

Kami bersalaman dengan remaja tu,

“Walaikummusalam dik, ada apa?”, aku tanya kat budak tu.

“Maaf menggangu yer bang, saya ambik masa abang sekejap”, kata budak tu lagi.

Aku hanya menggangguk, budak tu menjelaskan lagi

“Ni bang, saya ada jual cd lagu kanak-kanak keluaran terbaru, selain tu saya jugak ada jual buku untuk color-color buat kanak-kanak”, jelasnya lagi sambil menghulurkan buku dan cd tu kat aku dan juga Jamlus Jackson.

Aku belek cd dan buku color tu, kemudian aku tanya,” how much?”

“cd tu 10 ringgit dan buku tu pulak 15 ringgit”, sahut budak tu lagi

“ok ler aku ambik”, sambil tangan aku menyeluk poket mengeluarkan wallat, aku tanya kat Jamlus Jackson, “kau tak nak beli ker”.

Jamlus Jackson hanya mengeleng kepala sambil tersenyum, kemudian dia kata,” tak apa time kasih, aku dah beli cd dan buku tu semalam”

Kami bersalaman dan budak tu pun berlalu pergi.


Suasana senyap lagi, kedengaran hanya bunyi hujan yang masih turun dengan lebat, sesekali ada guruh berdetum.

Jamlus Jackson berkata lagi, “ aku suka betul tengok budak sekarang ni, kecik kecik lagi dah business minded”

“Iye, aku pun kagum jugak. Kecik-kecik lagi dah reti business. Bukan senang nak sapa orang yang kita tak kenal sebab nak jual benda benda macam ni”, jawab aku lagi

“ Kita bual tadi sampai kat mana “, tanya aku kat Jamlus Jackson

Jamlus Jakson meneguk air suam dan berkata lagi” setakat mana tadi ya….ha aku tanya kau tadi kenapa,”sebagai pemancing berpengalaman, kenapa kau cari lubuk lain?”“.

Hujan semakin lebat dan guruh serta kilat bersambungan. Air teh tarik aku dah tinggal suku gelas. Kemudian aku jawab soalan Jamlus Jackson.

Bersambung lagi, insallah lepas ni aku sambung balik, sehingga berjumpa lagi