Wednesday, February 9, 2011

Biar Betul Part 1

Salam Forex to semua trader,

Biar betul, senang ker nak kaya main forex ni?..well kalau baca dalam internet, baca kat dalam e-buku, baca kat dalam blog, baca buku kat library, dengar cerita kawan-kawan dan pelbagai lagi sumber....nampak macam senang sangat nak kaya. Biar betul, kalau senang sangat nak kaya main forex ni, sure masa ni aku dah drive lambrogini merciliago ( aku tak sure aku eja ‘merciliago’ ni betul ker tak ) hakikat sebenar masih ramai pemorex tak kaya raya sampai sekarang ni. Kenyataan sebenar sentiasa berlawanan dengan fantasi, terutama sekali dalam dunia forex ni.

So persoalan nya sekarang, boleh kaya and buat duit ker main forex ni?...pada aku kalau setakat buat duit …jual apam balik, nasi lemak, karipap atau kuih lapis kat simpang jalan pun insallah boleh buat duit. Masalahnya sekarang, dalam mana-mana bidang ..bila kita nak buat duit, masalah utamanya ialah kita ni tak “berDISIPLIN” dan dalam forex ni , “DISIPLIN” tu segala-galanya. Kalau nak cerita pasal DISIPLIN dalam forex ni….fuuuhhhh…susah….masa singkat sangat… aku rasa paling kurang pun mahu 2 minggu baru boleh habis. Kalau masuk sekali cerita pasal “money management” nak kena tambah 3 minggu lagi….so dah 5 minggu dah tu. Last sekali kalau nak cerita pasal “teknik dan strategi”…ni yang paling pendek…aku rasa 5 minit pun boleh selesai….so apa sebenarnya berlaku. Rata-ratanya semua pemorex setuju, kebiasaannya ini yang akan berlaku.

Dapat tahu pasal forex dari kekawan, internet…nampak macam best jer.

Lepas tu buat penyelidikan sendiri kat dalam internet..woowww memang best ni …boleh kaya ni….senang jer ni..price kalau tak naik..pasti turun

Lepas tu beli ebook, then pegi seminar 3 hari 2 malam kat dalam hutan, gua , hotel …senang cerita…ni kira pegi berguru ler ni….

Balik dari berguru, sampai jer kat rumah .. rasa tak sabar-sabar nak memorex, maklumlah….ilmu dah penuh kat dada ni.

So… bila mula jer…mula-mula ok, lepas tu tak ok, lepas tu ok balik, lepas tu tak ok, lepas tu tak ok, lepas tu buka “stop loss”..tak payah pakai ler “stop loss”…buat rugi jer….lepas tu ok, tapi tak lama lepas tu terus ko….

Sound familiar tak cerita ni?, kalau anda pemorex setia, mesti perkara ni pernah berlaku kat anda. Ia berlaku kat aku dan aku jamin akan berlaku juga kat anda. Kalau anda tak pernah lagi main forex tapi baru mula nak berjinak-jinak dengan forex..(AMBIL PERHATIAN : Anda telah di beri amaran ), anda beruntung sangat dapat tahu awal-awal lagi sebelum terkena.

Well aku…aku loss 3 live account dan kini dah insaf dan bermula lagi untuk kali ke 4. Apa penyelesaianya? Kini aku tahu penyelesaiannya cuma satu perkataan : DISIPLIN…ok ler…besok atau lusa insallah aku sambung lagi esei aku yang banyak kesilapan penggunaan tatabahasa ni….sehingga berjumpa lagi.