Sunday, February 27, 2011

Biar Betul Part 14

“excuse me, is this seat taken?”, sapa mesra seorang gadis.



“……..”, aku speechless , masih dalam fasa terkejut sebab kena sapa oleh seorang gadis yang amat cantik.

“eeehhhmmm, this seat free ker?”, tanya gadis tu lagi, kali ini semakin mendesak sebab aku masih tidak menjawab pertanyaannya tadi.

“ohh, tidak, nobody seat kat sini, please make your self a seat”, kataku lagi,

“no, I mean have a seat”, kataku pantas sekali lagi.

“thanks, sesak-sesak macam ni nak cari tempat duduk pun dah tak ada seat free, maaf yer mengganggu”, halus suaranya, semanis wajahnya.

Gadis tersebut lantas duduk semeja dengan aku, meja kecil yang hanya ada dua kerusi. Keadaan di airport Kuching agak sesak. Kat dalam restoren Mc Donald tu pun tidak kurang sesaknya. Dekat luar apatah lagi, ramai penumpang yang terkandas. Aku teruskan bacaan buku kegemaranku. Gadis manis kat depan, aku perhatikan agak leka menikmati burger yang baru dibelinya. Lapar benar lagaknya, aku biarkan sahaja. Bacaan buku aku teruskan dan hujan diluar pula semakin lebat.

Suasana agak sejuk dan ditambah lagi dengan penghawa dingin, keadaan semakin sejuk. Nasib baik aku ada membawa sekali baju sejuk, kalau tak, sure aku mengigil kesejukkan.

Aku memulakan perbualan. Aku tanya kat gadis tu ,”flight you delay ker?”

“tak, I saja-saja suka datang airport tengok kapal terbang”, jawabnya sambil tersenyum.

Aik, buat lawak pulak dia ni. Cantik dan pandai buat lawak awek ni, kata aku kat dalam hati.

Kata gadis tu lagi kat aku,” I nak balik Jakarta, tapi tulah dengar cerita ada kapal terbang Air Asia tersasar masa landing pagi tadi, so tak pasal-pasal I sangkut kat airport ni sejak pagi tadi lagi”.

“I pun sama, I nak pegi Singapore”, jelasku lagi.

“Tak tanya pun…”, jawab gadis tu lagi. Katanya lagi kat aku,”…he he sori yer gurau jer, tension-tension macam ni kalau buat lawak hilang sikit stress ni”, katanya sambil menyuap burger.

“He he he he, betul tu”, jawabku lagi

“By the way, nama saya Mary Sari, panggil jer saya Mary”, jelas gadis tu lagi sambil menghulur tangannya untuk bersalam dengan aku.

Setelah beberapa ketika.


“Aikkkk, berapa lama nak pegang tangan saya ni, masuk ni dah 56 saat tak lepas-lepas lagi tangan saya ni,”, kata gadis tu lagi.

“Ooppss sori, tangan tu lembut sangat…he he he , maaf yer”, kataku lagi. Segera aku lepaskan tangannya.

“Saya Sham”, kataku lagi memperkenalkan diri

“Hi Sham, nice tu meet you”, katanya lagi.

Dia kemudiannya makan french fries yang dibelinya.

“Jemput ler makan sekali, sedap ni”, gadis tu pelawa aku makan sekali.

“Tak ape, time kasih, awak makan ler sampai habis, jangan malu-malu buat macam airport sendiri", balasku lagi

Mary Sari hanya tersenyum. Sekali tengok aku nampak ada iras-iras Luna Maya. Senyumannya manis sekali. Aku tertanya-tanya kat dalam hati, kalau aku minta nombor telepon, dia nak bagi ker tak, bagi ker tak, tak ker bagi….

Tiba-tiba dia tanya kat aku, “ Awak trading Forex ker?”,

Sehingga berjumpa lagi.