Friday, February 18, 2011

My FX today cycle 3


Salam Forex kepada semua trader FX,

Setakat tarikh dan masa report ni di upload, aku masih ada 5 position yang tengah floating dan 2 position pula tengah pending. Seperti biasa, aku tidak akan memberi sebarang ulasan terhadap 5 position yang tengah floating dan 2 position yang tengah pending ni.

Untuk urusniaga minggu ni (14/02/11 – 19/02/11) aku memperolehi sebanyak 173 pips hasil dari 2 position Win ( Rujuk gambar kat atas ni ). 2 position yang untung tu adalah hasil dari position buy pair cadjpy and pair eurjpy. Urusniaga forex aku minggu ni menyaksikan aku cancel 2 position iaitu pair nzdchf dan pair audusd dan masing masing adalah position buy. Aku akan mengulas tentang position “Win A” dan “Cancel B” dalam laporan aku kali ini.

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan. Umpama: Dua pemancing yang duduk bersebelahan dalam bot yang sama, tidak bermakna kedua-duanya akan dapat hasil yang sama. Kalau nak faham “mind set” ni kena ikut series Biar Betul kat dalam blog aku ni]


Penjelasan position Win A( Buy pair cadjpy)

Sila rujuk gambar kat bawah ni. Seperti biasa teknik yang aku gunakan adalah Fibonacci retracment dan aku hanya akan ambik sesuatu position jika dan hanya jika position tu retrace sekurang-kurangnya 50%. Pada tarikh 10/02/11, aku lihat retracment melebihi 50% fibo sudah terbentuk dan hampir mencecah 38.2 fibo yang aku tandakan sebagai poin C. Start price pada hari berikutnya menjadikan poin C sebagai pelengkap terhadap plan dan strategi yang aku gunakan. Iaitu poin A, poin B dan poin C sudah terbentuk dengan jelas. So aku pun buat pending order buy atas sedikit dari poin B, take profit dekat fibo 161.8 and stop loss dekat poin A. Dah dijadikan suratan position kali ni aku win, maka pending position buy stop aku untuk pair ni trigger on 10/02/11 and floating selama 5 hari dan kena take profit aku pada 15/02/11. Alhamdulilah dapat juga 120 pips.


Penjelasan position Cancel B( Buy Stop pair nzdchf)

Pada 14/02/11 aku lihat ada pembentukan poin C, dimana aku nampak pair tu retrace melebihi 50% fibo. Macam biasa aku tandakan point tu sebagai pelengkap untuk plan dan strategi forex aku. Poin A,B dan C sudah terbentuk dengan jelas. Aku letak TP dekat 161.8 fibo, SL dekat 0.0 fibo ( poin A) and entry dekat poin B. Tapi pair nzdchf menyaksikan kejatuhan mendadak selang beberapa hari selepas itu, penurunan berlanjutan sehingga memintas poin C yang aku tandakan sebagai pelengkap. Bila kejatuhan harga telah melewati poin A maka aku cancelkan position tu. So macam biasa, pada aku lebih baik tak kena dari kena tapi loss. Alhamdulillah keseluruhan urusniaga Forex aku minggu ni memberi 173 pips dan tiada sebarang loss.