Wednesday, May 4, 2011

Biar Betul Part 40

Joshua jawab aku,”Dalam forex “minda tanpa sedar” ni adalah segala-galanya, trader should trade guna "minda tanpa sedar", tetapi sebaliknya berlaku, ramai trader trade guna minda sedar”

“Apa maksud kau ni, comfuse aku”, kata aku balik kat Joshua.

“Ok macam ni, macam aku cakap tadi, sebagai pemandu kita tak payah fikir lama-lama bila tengok lampu isyarat sama ada merah, hijau atau pun kuning”, jawab Joshua lagi, dia diam sekejap, kemudian sambungnya lagi.

“Sebabnya kita tak payah fikir lama-lama adalah kerana maklumat tentang colour lampu isyarat tadi dah store kat ruang “minda tanpa sedar” kita, so tindakan luaran kita menjadi spontan dan automatik, trading forex pun kena buat macam ni, so bila seseorang trader dapat trade guna maklumat dari “minda tanpa sedar” maka trading dia tidak akan emosi”, jelas Joshua lagi.

Joshua diam sekejap, kemudian katanya lagi,"Macam masa kau driving, pasal kau dah terbiasa dengan lampu isyarat punya colour skim, kau tak akan fikir lama....ni nak berhenti ker jalan, jalan ker berhenti ni..semuanya spontan, betul tak?", tanya Johua lagi kat aku.


Aku mengangguk, kemudian aku kata,"Yeap, betul tu mana ada fikir-fikir ,nampak jer terus tahu nak buat apa".



Sambungnya lagi,”hanya dengan trade guna “minda tanpa sedar” maka trader lebih berdisiplin dan paling penting, dapat stick to the plan secara automatik dan spontan”

“Fuuuuyyyyooooo,, dashyat jugak kau ni, info ni baru first time aku dengar”, kata aku kat Joshua.

“Kan aku dah cakap tadi, aku ni dah jadi jutawan pun pasal main forex ni, and kalau sapa-sapa tanya aku apa yang paling penting, jawapan aku hanya satu perkataan jer”, kata Joshua lagi kat aku.

“Ok…ok…aku tahu mesti kau nak cakap “disiplin”…betul tak?”, pintas aku segera kata-kata Joshua.

“He he he he tau tak ape, exactly memang “disiplin” is satu perkataan yang describekan segala-galanya”, kata Joshua lagi kat aku.

Segera aku teringat perjumpaan aku dengan Mary Sari tempoh hari. Aku kata kat Joshua

“Hari tu aku pernah jumpa jugak dengan seorang awek lawa kat airport Kuching. Dia pun forex trader juga, dia bagitahu aku perkara yang sama, disipilin is the most important aspek dalam trading ni”, kata aku lagi kat Joshua.

Aku berhenti sekejap, kemudian aku sambung balik:

“Pasal disiplin ni aku dah dengar, cuma pasal “minda tanpa sedar “ ni first time aku dengar”, kata aku lagi kat Joshua.

Joshua bersuara lagi , dia kata kat aku,”Kau perlu store kan maklumat trading kau dekat “minda tanpa sedar”, caranya mudah”.

“Macam mana tu?”, tanya aku lagi kat Joshua.

“Mudah jer caranya, kau kena lihat trading kau dalam “big picture”", terang Joshua lagi.

“Apa tu,”big picture”, tak faham ler aku”, tanya aku lagi kat Joshua

Joshua tanya aku lagi, "kau ada buku nota and pen tak, aku pinjam sekejap, nanti aku explain kat engkau”.

“Ada kat dalam beg”, kata aku lagi dan segera aku selongkar beg sandang belakang yang aku letakkan di lantai dan keluarkan buku nota bersama sebatang pen.

“Nah”, kata aku lagi kat Joshua sambil serahkan pen dan buku nota tu tadi kat dia.



“Air coke tu bagi ler kat aku, aku nampak ada lagi kat dalam beg kau tu”, kata Joshua lagi kat aku.

“Nah ambik kau”, kata aku kat Joshua, Joshua pun segera buka minuman tin coca-cola yang aku berikan tadi dan segera dia minum.

Sambil tu aku perhatikan Joshua leka melakar sesuatu kat dalam buku nota yang aku bagi tadi. Katanya lagi kat aku,” Bagi aku lukis dulu lepas ni aku explain”

Sehingga berjumpa lagi.