Saturday, May 21, 2011

My FX today cycle 16

Salam trader kepada semua,

Untuk trading minggu ni (15/5/11 hingga 22/5/11). Result trading aku tunjukkan kat bawah ni. Minggu ni tiada sebarang loss dan cuma satu win, pada masa report ini diupload aku masih ada 5 position yang tengah floating dan tiada sebarang position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Untung bersih untuk mingu ni berjumlah 65 pips. Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni.


Macam biasa aku guna strategi fibo retracement, dan aku hanya akan ambil sesuatu posisi jika dan hanya jika ia telah retrace sekurang-kurangnya 50 fibo dan kadang-kadang 61.8 punya retracement pun aku balun expecially kalau sesuatu pair tu tengah betul-betul trending. Take profit aku ambik dekat 161.8 extended fibo dan di adjust dari masa kesemasa berdasarkan momentum yang aku jangka. Stop loss pula sentiasa aku setkan secara dinamik untuk setara dengan 2% dari equiti terkini dan aku letak dekat 0.0 fibo

Minggu ni tidak ada retracement yang aku nampak betul-betul kaw, mostly hanya setakat acah-acah aje. So macam biasa, jika syarat entry aku tak dipenuhi, aku pasti tak akan ambil.

Kat bawah ni snapshot, position yang close untuk minggu ni:


Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]