Friday, September 2, 2011

Biar Betul Part 70

Ketika leka memerhati Mary Sari melukis tu aku kata kat dia, ‘Terror awak lukis, awak lukis apa tu”

Mary Sari jawab,” Tunggu ler, dah siap nanti I tunjuk kat awak. I nak explain kat awak apa dia beza antara 4 thinking method yang saya cakap tadi”

Aku menoleh kesebelah, memerhati persekitaran. Pelanggan yang berkunjung bertali arus. Aku perhatikan ramai pelanggan order laksa Sarawak. Kemudian aku cakap kat Mary Sari yang masih sibuk melukis tadi, aku kata kat dia:

“Laksa Sarawak kat sini nampak macam best jer, I tengok ramai customer order”

Mary Sari yang tengah consentrate melukis tadi tersentak sekejap, dia jawab aku:

“Haa aa, memang pun, laksa kat sini memang best, kalau awak suka makan laksa better awak try test sekali, I jamin lepas tu mesti nak lagi”

Aku tanya balik kat dia,” Awak tak minat ker makan laksa”

“Minat juga, tapi saya lebih minat makan mee jawa”, jawab Mary Sari ringkas sambil tu dia terus fokus dengan lukisannya. Seketika kemudian, dia tunjukkan kat aku apa yang dia lukis tadi, kat bawah ni aku tunjukkan hasil seni dia tadi:


Aku tengok paparan kat ipad dia tu. Mary Sari kata kat aku:

“Apa yang awak nampak, dan apa pendapat awak?, kata Mary Sari lagi

Aku perhatikan kemudian aku kata kat dia, “ I nampak ni macam matahari kat atas permukaan laut”

“Lagi, ada apa-apa awak nak tambah”, soal Mary Sari lagi kat aku

Aku diam sekejap, tengok gambar tu dan fikir lagi, kemudian aku kata lagi,

“Tak sure sama ada tengah sunrise atau sunset”

Mary Sari tanya aku lagi,” Itu sahaja, tak ada apa-apa nak tambah ker sebelum saya tutup kuiz saya ni”.

“Tak ada, itu sahaja, jawapan saya muktamad”, kata aku lagi.

Mary Sari meneguk lagi Horlick, dan lepas tu dia letak balik mug tu kemas diatas alasnya dan dia kata kat aku:

“Awak ni ada pontential untuk become “Power thinker” kalau macam ni”,

Aku tanya, “Iyer ker? macam mana tu, jelaskan details lagi kat saya”.

Perbualan semakin menarik, rasa tak sabar aku nak tahu lebih lanjut apa yang Mary Sari cuba jelaskan. Mary Sari kemudian kata kat aku:

“Actually yang I tunjuk tadi adalah satu bentuk ujian ringkas, ianya tak ler konsklusif sangat tapi boleh juga digunakan sebagai ujian asas untuk mengenal pasti kondisi atau prespektif pemikiran atau kencenderungan pemikiran seseorang”

Segera aku tanya,” Macam mana tu, explain detail lagi kat saya?”

Sehingga berjumpa lagi.