Monday, August 29, 2011

My FX today cycle 30

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku menyaksikan sebanyak 1 win position, 5 cancel position dan tiada position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (21/8/11 hingga 28/8/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 3 position yang tengah floating dan tiada position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 23 pips.
Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:




Tak banyak entry dibuat sepanjang minggu lepas, aku tak nampak pembentukan fibo yang jelas dan retrace sekurang-kurangnya 50% pada resistance atau support. So masa ni dalam fasa tunggu dan lihat, dah masuk 3 minggu macam ni, no wonder Mary Sari dan Jamlus Jackson selalu kata main forex ni memang boring giler. Jamlus Jackson selalu kata kalau tak nak boring baik main Jet Ski atau keta remote control. Jamlus Jackson kata kalau nak serius main forex, satu jer syaratnya, follow your plan and trade what you see not what you think.

Kepada semua pemorex yang sambut aidilfitri, Selamat berhari raya, aku pula tahun ni raya ketiga aku ambil flight pergi Jakarta, nak sambut raya kat sana pula.


Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]