Monday, August 29, 2011

Biar Betul Part 69

“Perbezaannya jelas dan nyata, dan ianya berkait rapat dengan cara kita berfikir”, jawab Mary Sari lagi. Sambil tu dia membetulkan sedikit gaya duduknya dengan penuh sopan.

Mary Sari menyambung lagi dialognya, katanya:

“Cara kita berfikir, sama ada positive thinking,negative thinking, kreatif thinking and power thinking will make big different dalam menentukan kejayaan kita ketika main forex ni”, jelasnya lagi sambil tu menghirup lagi Horlick panas tadi.

“Apa tu? positive,negative, kreatif and power thinking, pernah juga dengar, tapi apa benda tu?”, tanya aku lagi kat Mary Sari.

Mary Sari senyap sekejap, baru sahaja dia hendak menyambung balik dialognya, tiba-tiba handphone Mary Sari berdering. Segera dia keluarkan handphone dari poket sebelah kanan seluar jeans biru yang dipakainya dan dia tekan button answer:

Aku hanya dengar dan lihat. Sebelum tu Mary Sari cakap senyap-senyap kat aku, dia kata: “Daddy saya call, sekejap yer”

Mary Sari berkata kat handphone dia, “Walaikum salam, baik,daddy, mama dan adik-adik apa khabar?”

Sayup kedengaran perbualan antara mereka. Mereka berbual dalam bahasa Indonesia. Aku hanya faham sepatah dua kerat sahaja. Tengok gaya nampak sangat dia ni memang manja kat kat ayah dia, aku tengok gaya dia berbual dengan ayah dia macam budak-budak jer.

Aku hanya minum dan teguk teh tarik yang masih suam-suam panas tu perlahan-lahan. Agak lama juga mereka berbual. Iye ler, anak diperantauan mesti rindu dengan keluarga terdekat yang jauh dimata. Aku hanya biarkan dan tak masuk campur. Biarlah Mary Sari berbual dengan ayah kesayangannya.

Setelah 25 minit berlalu, perbualan handphone Mary Sari berakhir, dia letak kembali handphonenya tadi kat dalam poket dan dia kata kat aku:

“Maaf yer Sham, daddy dan mama I call, seronok sangat berbual dengan mereka sampai lupa pula dengan awak, kesian awak tunggu lama”, kata Mary Sari lagi

Aku jawab,”Tak apa, I tak kisah, it ok, tak perlu ler nak minta maaf pula, famili awak apa khabar”, aku tanya Mary Sari selanjutnya.

“Mereka ok, semua sihat”, jawab Mary Sari ringkas

Mary Sari menyandarkan badannya di kerusi, kemudian dia bersuara lagi menyambung perbualan kami yang terganggu sebentar tadi kerana panggilan talipon tadi. Mary Sari kata kat aku:


“Kita berhenti tadi takat awak tanya saya apa dia positive, negative, kreatif and power thinking kan?”, tanya Mary Sari kat aku untuk memulakan kembali perbualan.

“Iye”, aku angguk sedikit.

Mary Sari kemudiannya membetulkan lagi gaya duduknya dan dia kata kat aku:

“Biar saya lukis dulu something kat dalam ipad ni”,

Mary Sari lantas keluarkan lagi Ipad yang dibawanya, dia lukis sesuatu. Aku hanya leka memerhati. Sesekali aku tengok-tengok skrin TV just in case ada citer best tengah main, tapi so far tak ada citer yang menarik perhatian aku kat TV. Aku terus memerhati gelagat Mary Sari.

Sehingga berjumpa lagi.