Sunday, August 21, 2011

My FX today cycle 29

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku menyaksikan sebanyak 1 win position, 2 cancel position dan tiada position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (14/8/11 hingga 21/8/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 1 position yang tengah floating dan 4 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 200 pips. Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:



Tak banyak entry dibuat sepanjang minggu lepas, aku tak nampak pembentukan fibo yang retrace sekurang-kurangnya 50% dan pembentukan resistance atau support yang jelas. Sepanjang minggu lepas aku nampak pair-pair utama dunia berada dalam fasa pembetulan setelah pengaruh faudumental yang agak ketara minggu sebelumnya yang menyaksikan aku mengalami penyusutan equiti sebanyak 12%, satu penyusutan yang terbesar yang pernah aku alami dalam tempoh seminggu.

Kat bawah ni aku sertakan snap shot satu-satunya position yang aku win last week sebagai rujukan. Selamat memorex dan selamat berpuasa.




Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]