Tuesday, August 9, 2011

Biar Betul Part 64

Selesai jer lagu tu kat TV, aku kata kat Mary Sari,”Nak tengok cerita apa malam ni?”

Mary Sari jawab,”Citer apa tengah best sekarang ni?”

Aku kata balik kat dia,”Entah, I check dulu”, kata aku lantas bangun dari bangku dan aku ambil surat khabar Sarawak Tribune yang aku lihat terlipat kemas di meja sebelah. Aku buka surat khabar tu dan buka section iklan tayangan movie.

“Kita tengok cite ni jom”, kata aku kat Mary Sari




“Show pukul berapa?”, Mary Sari tanya aku balik

“9.30pm ada, 12.30pm pun ada, nak tengok show yang mana satu”, aku tanya dia lagi. Sambil tu aku tengok jam kat tangan aku, baru jer pukul 8.55pm, awal lagi fikirku.

Kemudian aku kata lagi kat Mary Sari,”Tak payah rush ler, tengok mid night show pun ok juga”,

Mary Sari hanya mengangguk tanda setuju dan sambil tu dia minum lagi Horlick panas yang dia order tadi.

Mary Sari kemudiannya kata kat aku,”Awak ramai ker kawan-kawan yang main forex”,

Aku jawab,”Ada ler juga, ramai juga kawan-kawan saya yang main forex ni, dan ada juga yang sekarang ni dah jadi pro trader”

Tak sempat aku habiskan ayat aku seterusnya, Mary Sari pintas aku, dia kata,”hhaaah tengok tu, awak bila lagi. I rasa awak patut jadi full time trader jer, awak tak nak ker?”

Aku jawab dia, aku kata,” Bukan tak nak, tapi belum bersedia lagi. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari”.

Mary Sari kata balik kat aku, “Don’t worry Sham, yang penting ialah jangan give up and paling penting kena duplicatekan mindset yang betul jika nak berjaya”

“Duplicate mindset?, Apa maksud awak?”, aku tanya Mary Sari lagi dengan penuh minat.

“Duplicate, macam photostat or copycat or follow the correct mind set, tu yang paling penting sebenarnya. Ramai pemorex cuba nak duplicate system dan strategi tapi mereka gagal bila bab copycat mindset ni”, kata Mary Sari lagi dengan selamba.

Mary Sari diam sekejap kemudian dia kata lagi,” Ramai pemorex beria-ia untuk duplicate system dan strategi tapi mereka tak sedar mereka sentiasa gagal nak duplicate mindset mereka yang berjaya”,

Hujan yang tadi renyai kini reda sedikit, bayu malam mula bertiup sayu. Suasana nyaman sekali, di tambah lagi belaian dan tiupan angin dari kipas angin siling yang dipasang sederhana laju tu menjadikan perbualan aku dengan Mary Sari tenang dan selesa walaupun intipati perbualan kami menyentuh perkara yang agak ilimiah dan mungkin bagi sesetengah orang agak membosankan. Tapi bagi aku dan Mary Sari ianya adalah perkara yang begitu mengujakan. Pastinya menarik dan aku tak sabar nak tahu lebih lagi.

Mary Sari sambung lagi, dia kata,” Ramai pemorex susah nak duplicate mindset mereka yang berjaya kerana mereka simply tak tahu apa benda sebenarnya punca utama kegagalan mereka, ramai pemorex ingat punca utama mereka gagal kerana mereka tak ada teknik yang betul”

Aku suka betul bila tengok Mary Sari mula bersyarah. Dia sememangnya ada talent sebagai pensyarah, no wander dia kerja pun sebagai pensyarah universiti. Memang sesuai sangat dengan orangnya. Aku leka mendengar dengan penuh minat.

Aku kata kat Mary Sari,” Apa actually yang awak nak sampaikan ni? I masih tak nampak dan tak faham”, sambungku lagi.

Mary Sari hanya diam dan senyum manis kat aku.

Sehingga berjumpa lagi.