Thursday, August 25, 2011

Biar Betul Part 68

Tak lama lepas tu, SMS masuk lagi. Aku buka dan baca, Jai Idrus reply SMS aku tadi dia kata : “Ok set, see you tomorrow. Kirimkan salam aku kat awek tu he he he he”

Aku taip balik untuk balas,”Awek tu tak layan lelaki sederhana hensem macam kau…he he he..ok see you tomorrow”. Aku tekan button send.

Aku meneruskan kembali perbualan aku dengan Mary Sari, sesekali aku tengok-tengok skrin handphone aku, just in case Jai Idrus balas SMS aku tadi. Tak ada balasan. Segera aku tanya lagi kat Mary Sari. Aku kata kat dia:

“So ciri-ciri tadi iaitu boring, less effort, easy and stress free adalah bertentangan dengan “old school”, macam mana tu?”.



Mary Sari senyum dan dia kata kat aku:

“Dah habis ker berSMS tu, seronok jer nampak siap senyum sorang-sorang jer saya nampak masa awak taip SMS tu tadi”

Aku balas,” Bila? tadi tu ker?, he he kawan saya yang hantar, dia kata dia baru jer nampak saya dengan sorang awek masa dia pandu lalu area ni tadi, saya tak perasan pula masa dia pandu lalu sini tadi.”

Aku berhenti sekejap dan kemudian aku sambung lagi, aku kata:

“Dia kirim salam kat awak. Dia kata awak cantik”

Mary Sari hanya senyum kat aku, dia kata balik kat aku,” Iye ker, nanti cakap kat dia saya cakap terima kasih sebab puji saya”, sambil tu di meneguk lagi Horlick yang di order tadi.

Mary Sari bersuara lagi, dia kata kat aku,”So ciri-ciri yang saya cakap tadi memang berlawanan dengan “old school” kerana ramai trader expact sesuatu yang berbeza bila dia melibatkan diri dalam forex”

Aku segera tanya,”Apa yang trader expact sebenarnya”.

Mary Sari jawab, dia kata,” Mostly trader expact something interesting, something tough, something complicated dan something stressfull in order untuk berjaya’.

Dia berhenti sekejap, kemudian sambungnya lagi,” Trader cenderung kepada ciri-ciri ni , it normal as human kita guna kemampuan kita untuk copycat and since kebanyakan trader asalnya adalah seseorang yang berlatarbelakangkan pengalaman selain dari bidang trading, maka mostly trader menghadapi kesukaran untuk adapt pada mindset sebenar seorang trader, they seem to have no other option”

“Seem to have no other option?. Apa maksudnya tu”, tanya aku, rasa ingin tahu aku meluap-luap. Mary Sari kata lagi kat aku, dia jawab:

“Macam saya cakap awal-awal tadi, contohnya sebagai seorang pelajar, adalah perkara biasa untuk seseorang pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya, selepas tu bila berada di alam pekerjaan, dia membawa sikap yang sama dan berusaha bersungguh-sungguh sehingga akhirnya berjaya meraih pangkat dan gaji yang besar dan guess what kalau orang macam ni main forex?”. Mary Sari sudahi penjelasannya tadi dengan satu soalan untuk aku.

Aku diam sekejap, kemudian aku jawab:

“Ok, I understand this guy will diffenetly thought that, if nak success main forex dia juga mesti berusaha bersungguh-sungguh and tidak mungkin berjaya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh”

Segera Mary Sari jawab,”Betul, tu ler yang saya maksudkan, berusaha bersungguh-sungguh memang tangga kejayaan, cuma cara kita menterjemahkan “usaha” tadi adalah dalam kontek yang berbeza antara trader yang berjaya dengan trader yang tak berjaya”

“Bebeza? berbeza macam mana tu”, tanya aku lagi kat Mary Sari. Perbualan kami semakin menarik. Aku menoleh melihat jam di tangan kanan aku. Sedar tak sedar jam sudah hampir 10pm. Movie yang kami nak tengok nanti midnight show pukul 12.30pm. Masih ada sekitar 2 jam lagi, malam masih panjang fikirku.

Sehingga berjumpa lagi.