Sunday, August 21, 2011

Biar Betul Part 67

“Pendekatan yang berbeza? Apa tu”, tanya aku pantas kat Mary Sari.

Baru sahaja Mary Sari hendak memulakan lagi dialognya. Tiba-tiba:

“Ewah, ewah kak Mary ni, hangat nampak berbual tu”, sapa Nani sambil menghidangkan minuman yang Mary Sari order tadi.

“Leerrr, lamanya Nani, lagi sepuluh minit kalau tak sampai mau pengsan kehausan saya”, kata Mary Sari dengan selamba.

“He he he sori kak”, balas Nani lagi sambil ketawa sedikit. Dia hidangkan dengan kemas teh tarik kurang manis untuk aku dan Horlick panas untuk Mary Sari. Selepas tu dia beredar tapi sebelum tu, sempat juga dia berborak sekejap dengan Mary Sari. Aku hanya tumpang dengar dan memerhatikan Nani dan Mary Sari dengan penuh minat. Mereka berbual pasal application Nani nak masuk university. Seketika kemudian Nani pun beredar dan aku hanya memerhati dia melangkah pergi.



Mary Sari hirup seteguk minuman yang Nani hidangkan tadi. Aku pun sama, aku hirup seteguk air teh tarik tadi. Ketika meneguk minuman, mata Mary Sari yang bulat leka memerhati aku, kemudian dia letak balik mug kemas diatas meja , dia kata kat aku:

“Awak tanya saya tadi apa dia pendekatan yang berbeza yang saya maksudkan tadikan”, kata Mary Sari lagi.

“Haa aa, apa dia?”, jawab aku segera.

Mary Sari bersuara lagi, dia kata:

“Untuk berjaya main forex ni, seseorang trader mesti berusaha, semua trader tahu tanpa usaha mereka tidak akan berjaya. Masalahnya ramai trader tak tahu sebenarnya apa yang dia lakukan untuk berjaya di arena forex ni sebenarnya menuntut pendekatan yang berbeza”

Dia diam sejenak, dan kemudian sambung Mary Sari lagi:

“Logiknya bila kita berusaha lebih kita akan lebih berjaya, so ramai trader pun berusaha lebih sebab nak lebih berjaya, ramai trader juga ingat jika modal dia besar dia akan lebih berjaya, ramai trader cakap kalau trading forex ni, ianya mesti dijadikan satu aktiviti yang menarik, ramai trader juga ingat dia mesti spend banyak masa depan PCs untuk monitor price movement, ramai trader ingat kalau teknik dia mudah sangat pasti tak akan berjaya, ramai trader ingat main forex ni kalau tak stress tu namanya tak berjaya…hiiissshhh… banyak lagi…ni hanya sebahagian jer dari semua pendapat “old school” yang trader selalu praktikkan”

Mary Sari menghirup sedikit minumanya. Dia bercakap dengan penuh semangat, di wajahnya terlihat jelas apa yang dia sampaikan kepada aku adalah pengalaman sebenarnya. Selanjutnya sambungnya lagi:

“Pada saya untuk berjaya main forex ni, pendapat yang betul ialah, Pertama: forex is boring, Kedua: forex need less effort, Ketiga: forex is easy dan last sekali iaitu keempat: forex is stress free”.

Aku mengangguk tanpa faham dan setuju dengan pendapat Mary Sari. Suasana di restoran Norjas masih tenang tetapi kini agak sesak. Aku dan Mary Sari duduk dengan selesa kat situ. Aku hanya diam menunggu Maru Sari meneruskan ceritanya.

Tiba-tiba handphone aku berbunyi, ada SMS masuk. Aku segera keluarkan handphone dari poket sebelah kanan. Aku tekan button unlock then aku buka dan baca SMS yang masuk tadi. Jai Idrus rupanya yang hantar, dia SMS aku:

“Salam Sham, aku nampak kau dengan awek dekat Norjas Café tadi, aku pandu lalu area tu tadi, lawa macam pelakon Indonesia awek tu he he he he,esok free kah? lepak masa lunch?”

Aku tekan button reply, aku taip ”Ok jugak, jumpa lunch time besok, awek tu memang orang Indonesia pun he he he he”, lepas tu aku tekan button send.

Sehingga berjumpa lagi.