Saturday, August 13, 2011

Biar Betul Part 65

Sambung Mary Sari lagi, katanya,”Sebenarnya kemampuan untuk copy cat ni adalah bakat semula jadi dan memang dah sedia ada kat kita”.

Dia berhenti sekejap, dan tolak sedikit rambut panjangnya kebelakang sambil tu jari halusnya membelai rambut.

Aku tekun mendengar dan amat berminat nak tahu lebih lanjut.

Suasana di café Norjas yang asalnya tadi kurang pelanggan kini sudah semakin ramai pelanggan. Ada yang datang-datang lepak dan ada juga couple yang may be makan malam sambil dating. Tapi yang aku pasti rasanya tak ada sapa-sapa kat situ yang lepak-lepak and bual pula pasal forex dan bab-bab mindset ni sebab aku sure bagi sesetengah orang even pemorex sekalipun ia adalah bab terbosan untuk dibualkan.

Cuma aku dengan Mary Sari sahaja yang seronok bila bual-bual pasal ni fikirku.

Mary Sari kata lagi kat aku,”Saya nak oder lagi minuman ni, second round pula, awak nak order lagi ker?”

“Ok juga, orderkan saya teh tarik pula, kurang manis ok”, jawab aku.

Mary Sari lantas angkat, aku hanya memerhatinya melangkah pergi menuju kearah Nani yang sedang busy melayan pelanggan lain kat situ. Aku perhatikan mereka berbual seketika dan lepas tu siap toleh-toleh lagi kat aku. Nampak macam tengah mengumpat aku pun ada. Tapi biarlah, hal perempuan malas aku nak masuk campur.

Seketika kemudian Mary Sari melangkah kembali menuju meja, dia duduk dengan selesa lepas tu dia kata,” Kita berbual tadi setakat mana tadi?”,

Aku jawab,” Awak nak cerita dengan saya tadi pasal copycat, You cakap tadi copycat ni adalah bakat semula jadi dan memang dah sedia ada kat kita”.

Mary Sari Jawab,”O ya, pasal copycat or duplicate tadikan”,

Dia meneguk sisa terakhir horlick kat dalam gelas dan kemudian dia kata lagi,

”Cat tu adalah binatang….he he he..”, dia gelak sendirian sekejap kemudian dia sambung lagi, katanya




“Macam ni Sham, copycat ni adalah cara dan lumrah kehidupan. Dalam hidup ni dari kecil lagi kita dah reti nak copycat, kita belajar melalui pemerhatian dan lepas tu kita tiru. Sikap ni kita bawa sejak dari kecil lagi. Bila dah besar dan mula bekerja kita pun amalkan sikap yang sama, kita simply copycat cara kerja rakan-rakan yang lebih mahir”

Dia diam sekejap, aku pula terus mendengar dan ingin tahu lebih lanjut. Mary Sari kata lagi kat aku, dia kata,

“Along the way, contohnya masa di alam pekerjaan dari masa ke semasa bila pengetahuan dan pengalaman kita bertambah. Kita pun lakukan modifikasi terhadap cara melakukan sesuatu kerja. Dalam kebanyakkan kes, bila sesuatu modifikasi dilakukan terhadap cara kita handle sesuatu masalah, ianya adalah penyelesaian yang lebih baik dan secara langsung inilah cara nya bila mana mutu sesuatu kerja tu semakin lama semakin meningkat”.

Mary Sari relaks sekejap. Rancangan yang sedang ditayangkan kat TV di situ sudah tidak lagi menarik perhatian aku. Bicara Mary Sari pada aku lebih best dan amat menarik. Rasa ingin tahu aku semakin meluap-luap. Setelah Mary Sari diam agak lama. Aku lantas bersuara.

Aku tanya,”Kenapa?”

Mary Sari masih diam , toleh kanan dan kiri kemudian dia jawab,” Mana minuman yang I order tadi ni, lamanya ”

Aku toleh kiri dan kanan dan kemudian aku kata kat Mary Sari,” Sekejap lagi datang ler tu, pelanggan ramai ni ”

Sehingga berjumpa lagi