Sunday, August 7, 2011

My FX today cycle 27

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku menyaksikan sebanyak 4 win position, 5 cancel position dan 6 position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (31/7/11 hingga 7/8/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 4 position yang tengah floating dan tiada position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah -1891 pips. Jumlah sebanyak itu menyaksikan penyusutan equiti sebanyak 12%. Ini merupakan penyusutan equiti terbesar yang pernah aku catat dalam tempoh hanya seminggu sejak blog ini bermula.

Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:


Minggu lepas aku kira banyak faktor faudumental yang memberi kesan kepada trading aku, even trading guna daily chart sekali pun, pukulan dari faudumental ada kalanya tidak dapat di bendung. Dekat Forexfactory.com pun aku tengok last week ada banyak High Impact new yang trigger, even NYSE pun terkesan. So forex market for sure tak terlepas.



Aku tak ada kelapangan nak snapshot semua position yang lain. Tapi macam biasa kalau ada pemorex-pemorex yang saja-saja nak tengok Fibonacci retracement yang sebabkan aku pasang position tu, guna jer SL sebagai point A, Entry sebagai point B and point C pula adalah tempat retracement fibo yang dicapai. Kat bawah ni aku sertakan salah satu position yang aku loss last week sebagai rujukan. Selamat memorex dan selamat berpuasa.



Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]