Wednesday, August 17, 2011

Biar Betul Part 66

“Dahaga ler”, kata Mary Sari.

Kemudian sambung Mary Sari lagi,”Copycat ni macam I cakap tadi adalah sikap semula jadi kita sebagai manusia, kita melakukannya tanpa sedar. Banyak kemahiran yang kita ada sekarang sebenarnya adalah hasil usaha “copycat” yang kita copy dari orang lain.”

Aku lantas pintas, aku kata kat Mary,”So, apa kaitannya dengan forex.”

Jawab Mary Sari lagi,”Dalam forex, ianya adalah sebab utama mengapa ramai pemorex susah untuk berjaya”.

Semakin menarik fikirku apa yang Mary Sari cuba sampaikan, segera aku tanya dia:

“Macam mana tu?”,

Mary Sari jawab, dia kata,”Simple, ramai trader bawa attitude copycat masa memorex”,




Sambungnya lagi,”Ramai trader fikir mereka akan berjaya sebab dia dah tahu teknik yang dipakai oleh seseorang yang telah berjaya. So dia percaya dia telah ‘copycat’ sesuatu cara atau kaedah yang betul dan jika dia hanya follow cara tu dia pasti berjaya. Awak setuju tak?"

Aku senyap sekejap kemudian aku jawab,” Yeap betul, jika dapat copycat cara yang betul pasti berjaya, tapi mindset yang betul pun mesti seseorang trader tu copycatkan juga”.

Mary Sari jawab balik,”Exactly, semua trader tahu untuk berjaya bukan sekadar copycat sistem tetapi mesti copycat juga mindset, tapi kerana kebolehan kita untuk copycat ini juga ler ramai trader gagal”, bersungguh-sungguh Mary Sari menyatakan pendapatnya.

Sambungnya lagi:

Katanya lagi,” Banyak contoh, contoh paling mudah: dalam kehidupan kita seharian, kita biasa dengar jika kita berusaha bersungguh-sungguh maka kita akan berjaya. Bagi seorang pekerja, lagi banyak buat OT lagi banyak income, also lagi banyak outstation lagi banyak income, lagi banyak meeting, lagi banyak projek bermakna lagi banyak dapat duit and may be juga dapat bonus. So pendek kata, jika “berusaha lebih” lagi maka akan dapat lebih income”

Mary Sari sambung lagi,” Ramai pemorex tanpa sedar bila memorex, dia juga amalkan attitude yang sama, ramai ingat kalau duduk depan Pc lama-lama boleh buat banyak duit, dalam lain perkataan tanpa sedar ramai pemorex terbawa-bawa sikap “untuk buat duit lebih mesti berusaha lebih”, sebab tu ada pemorex bila miss jer trading sebelah pagi ingat dia akan cover trading yang miss tu dengan trade masa lunch, or vice versa”

Aku terus diam, membiarkan Mary Sari terus bercakap, dia bercakap begitu petah sekali, memang talent seorang pengajar.

Mary Sari toleh kanan dan kiri, dia kata,”Lamanya minuman yang saya order tadi”

Aku jawab Mary Sari,” It ok, manusia boleh hidup tanpa minuman untuk 5 hari, should be ok, tunggu jer ler, sambung ler citer awak lagi”,

Mary Sari sekadar senyum kat aku, dia kat, “Hisss, awak ni Sham. Ok pasal copycat mindset tadi, apa yang nak saya katakan ialah sebenarnya tanpa kita sedar kebolehan ini jugalah punca utama ramai pemorex gagal”,

Aku diam dan mendengar dengan teliti,” Explain lagi kat kat saya, I tak berapa fahamlah”.

Mary Sari jawab, dia kata kat aku,”Step pertama ramai trader copycat system dan strategi, step kedua dia implimenkan teknik dan strategi yang dia copycat kan tadi, tapi ramai yang tak berjaya dan gagal. Walau bagaimanpun ada juga yang berjaya, tapi tidak bertahan dan akhirnya gagal juga. Awak nak tahu kenapa?”,

“Kenapa?”, segera aku tanya balik kat Mary Sari.

Mary Sari jawab,” Simple, kerana mereka lakukan proses copycat tadi cara “old school” or dalam lain perkataan mereka lakukannya guna “kaedah lama”. Mindset pemorex tidak dapat dibina dengan “kaedah lama” atau “old school”, dia perlukan pendekatan yang berbeza”

Sehingga berjumpa lagi.