Monday, August 1, 2011

Biar Betul Part 62

Mary Sari tunjukkan paparan kat ipad dia. Mary Sari aku perhatikan hanya diam dan biarkan aku fikir sendiri. Aku terus lihat rajah kat bawah ni. Kami diam tidak bersuara.



“Ni ler yang saya maksudkan tadi, jika seseorang trader asyik tukar-tukar system dia pasti susah nak berjaya”, Mary Sari bersuara lagi.

Aku masih diam, selanjutnya aku tanya Mary:

“Apa maksud semua ni, I tak berapa faham ler, better awak explain sikit kat saya”.

Mary Sari jawab, dia kata, “ Ok macam saya katakan tadi, say that saya ada 2 strategi, strategi pertama saya panggil “Strategi Mary Sari” dan Strategi kedua saya panggil “Strategi Daddy”. “Strategy Mary Sari” katakan 60% accurate and “Strategy Daddy” katakan 80%. So apa yang saya lukiskan tadi adalah gambaran secara kasar dan random apa yang akan dapat kalau seseorang trader trade guna strategy ni”

Aku terus mendengar dengan leka, kemudian aku kata,”So, ok, sekarang saya faham, guna strategy Mary Sari trader win 6 kali and loss 4 kali, dan strategy yang satu lagi win 8 kali and loss 2 kali, tapi apa maksudnya, I masih tak faham apa awak maksudkan dengan tukar-tukar strategy tadi?”.

Mary Sari makan lagi mee jawa, licin habis pinggan dia. Selepas tu dia minum lagi Horlick dan lepas tu dia ambik tisu dan lap sedikit mulutnya. Kemudian dia kata kat aku:

“Macam saya cakap tadi guna strategy yang berbeza tidak salah, yang salahnya ialah tukar-tukar strategy, ramai pemorex amatur suka buat macam ni. Asyik tukar-tukar strategy. Apa yang saya lukis ni dapat awak jadikan rujukan asas apa akan jadi kalau kita asyik tukar-tukar strategy”, Mary Sari bersuara lagi

Aku hanya menangguk walaupun aku masih belum faham sepenuhnya, kemudian aku kata kat dia, “Explain details lagi kat saya”

Mary Sari kata kat aku,” Awak tengok kat sini katakan seseorang trader trade guna “Strategy Mari Sari” then dia win 2 kali berturut-turut tapi lepas tu pulak dia loss 3 kali berturut-turut and terus tukar strategy baru pula, than katakan dia guna “Strategy Daddy” and win 2 kali berturut-turut tapi lepas tu loss pulak 2 kali berturut-turut dan lepas tu tukar balik guna “Strategy Mari Sari” then loss lagi 1 kali …awak nampak tak apa yang saya maksudkan?”

Pertanyaan Mary Sari mengundang aku untuk berfikir sendiri. Aku diam sejenak cuba nak fahamkan apa yang dia cuba sampaikan, kemudian aku kata,

“So awak try nak cakap kalau seseorang trader guna dua strategy dalam masa yang sama tapi tak tukar-tukar strategy dia akan dapat result seperti yang awak tunjuk ni tu iaitu 14 win dan 6 loss, tapi kalau tukar-tukar strategy macam awak cakap tadi dia end up with 4 win dan 6 loss?”, tanya aku lagi kat Mary Sari

Aku diam sekejap berfikir, kemudian aku sambung lagi aku kata,

” So, kalau maintain guna kedua-dua strategy untung bersih ialah +8 win dan kalau tukat-tukar strategy pula end up loss bersih -2 loss”.

Aku berfikir lagi, kemudian aku kata kat Mary Sari lagi,”

“Kalau macam ni, even guna salah satu strategy pun seseorang trader masih dapat sama ada 6 win dan 4 loss and untung bersih 2 win atau 8 win dan 2 loss dan untung bersih 6 win”

Mari Sari hanya senyum kat aku, kemudian dia kata,” Haaa…tahu pun awak. Terror ler awak ni, awak ni cepat faham ler, tak payah saya explain lebih-lebih. Saya suka ler kat lelaki yang terror macam awak…he he he”, katanya lagi kemudian dia ketawa lagi.

Kata Mary Sari lagi,”Ramai pemorex ingat kalau banyak strategi mereka akan cepat berjaya, saya tak nafikan ada benarnya fakta tu. Cuma silapnya satu, bila banyak strategi ramai pemorex sebenarnya semakin susah nak jadi seorang trader yang berdisiplin, ramai yang akan asyik tukar-tukar strategy”,

Sambung Mary Sari lagi,

“Base on apa yang saya tunjukkan tadi, it a fact that kalau nak success main forex ni tidak salah kalau guna lebih dari satu strategy, tapi yang penting stick to the plan and follow the plan, statistic will lead to profit over the long run”,

Dia berhenti lagi untuk menghirup horlick yang di ordernya tadi, kemudian sambungnya lagi.

Sehingga berjumpa lagi.