Saturday, November 12, 2011

Biar Betul Part 88

Dipetik dari journal Forex Jamlus Jackson

Tamak adalah musuh aku.

Perasaan tamak adalah musuh utama aku. Ianya akan mengagalkan usaha aku untuk menjadi jutawan jika aku tidak menanganinya dengan baik. Lumrah manusia memang begitu, ingin berjaya serta-merta. Sikap ini juga terbawa-bawa ketika kita melabur. Jika aku berperasaan begitu, jangan gusar, itu menandakan aku seorang insan yang normal. Perasaan tamak mendorong pelabur forex untuk melabur dengan saiz lot yang tidak sepadan dengan modal. Ia juga selalu didorong oleh perasan terlampau yakin. Inilah permulaan pertama kehancuran aku dialam forex, bila perasaan tamak dan terlampau yakin tidak ditangani dengan betul ditambah lagi dengan pengurusan kewangan yang salah. Padah menanti aku.

Dizaman kanak-kanak kita biasa terdengar kisah anjing dan bayang-bayang. Kisah tentang seekor anjing yang melepaskan tulang yang berada dimulut nya kerana terpersona dengan bayangan tulang didalam air. Tidak banyak bezanya cerita ini dengan rasa tamak kita ketika kita melabur. Ketika melabur dan setelah kerap kali kita mendapat nilai pips yang tinggi, selalunya akan datang rasa ingin mempertaruhkan lot bersaiz besar yang tidak bersesuaian dengan modal dengan harapan untuk mendapat keuntungan yang berganda, tetapi sebaliknya berlaku. Kerugian berlaku dan semakin parah dan akhirnya mengalami rugi besar. Melakukan pelaburan forex dengan pengurusan kewangan yang tidak betul adalah satu kesilapan, ia boleh membawa kepada kerugian yang tinggi. Walaupun sudah mempunyai teknik yang amat baik sekalipun pada aku setiap kali masukan dibuat, aku tetap berpotensi untuk salah dan rugi. Ini bermakna analisa aku masih berpotensi untuk salah, jadi mengapa mengambil risiko yang tidak perlu, sebaiknya jika ingin mempertaruhkan saiz lot yang besar aku seharusnya menambah lagi jumlah modal aku. Biar ianya selaras dengan modal.

Satu ketika dahulu, sebelum aku mengenali forex aku pernah didatangi oleh seorang individu yang kononnya handal melakukan aktiviti forex. Individu ini adalah kenalan kepada seorang kawan baik aku. Individu ini menceritakan kepada aku dia kini berpandapatan sekitar Rm2700 sehari. Aku terpegun mendengar ceritanya dan tertarik untuk mengenali lanjut apakah itu forex. Setelah berbual agak lama individu tersebut membuat tawaran kepada aku untuk melabur sebanyak Rm10K kepadanya dan dia menjaminkan pulangan yang lumayan. Bila tawaran sedemikian dibuat kepada aku, aku terasa agak janggal. Perkara pertama yang menyebabkan aku berasa janggal adalah kerana aku baru saja mengenalinya itu pun melalui seorang rakan dan kedua aku hairan kalau dia memang seorang yang hebat dan mampu menjana keuntungan yang banyak,mengapa memerlukan aku untuk melabur kepadanya. Aku ajukan dua pertanyaan ini kepada kepadanya. Dia menjawab dengan mengatakan dia adalah seorang yang baik hati dan suka menolong orang, bagi aku ianya adalah satu jawapan yang cuba “mengharukan” tapi sebenarnya ia adalah suatu yang melucukan. Aku tidak berminat langsung untuk melabur sebanyak Rm10K, pada aku ianya tidak logik langsung dan alasan kononnya untuk membantu tidak dapat diterima. Bagi aku, kalau alasan yang digunakan adalah kononnya individu itu adalah seorang yang ikhlas membantu , mengapa nak bantu aku? Kerana pada aku sudahkah semua saudara-mara terdekatnya dibantu, kalau semua saudara-mara terdekatnya sudah dibantu, dia sepatutnya membantu kawan-kawan yang rapat kepadanya bukan aku. Aku tiada siapa-siapa kepadanya, tetapi dia tiba-tiba berhasrat untuk membantu aku. Tidakkah pelik begitu, aku tidak berminat dan langsung melupakan cadangan itu.

Sehingga berjumpa lagi