Wednesday, October 19, 2011

Biar Betul Part 82

Berikut adalah petikan dari Journal Forex Jamlus Jackson.


Bintanggor, Sarawak, Sept 2004

Teknik yang berjaya ada didepan mata. Ia cuma menuntut komitmen aku dan sejauh mana aku berdisiplin ketika melakukan aktiviti forex aku. Lakukan ujian dan kajian di akaun demo, ujikan teknik aku tanpa jemu. Jika ianya mempunyai kadar kejayaan sekitar 60% sekali pun sudah memadai. Teknik yang berjaya selalunya adalah teknik yang mudah dan ringkas.. Lakukan ujian tanpa jemu dan berterusan sehingga aku yakin. Tidak perlu tergesa-gesa untuk melabur di akaun sebenar jika teknik aku masih kabur dan tidak menentu.

Melabur forex menuntut kesabaran yang tinggi, komitmen yang padu dan disiplin yang mantap. Aku tekankan berkali-kali tanpa disiplin aku akan menjadi antara 95% mereka yang gagal dan tumpas diarena forex. Statistik menunjukkan hanya 5% sahaja yang berjaya. Kelompok 5% yang berjaya ini antara sebab utama kejayaan mereka ialah mereka tidak melakukan apa yang dilakukan oleh 95% yang tidak berjaya.

Berubah fikiran adalah lumrah manusia, sebagai pelabur yang ingin berjaya aku mesti mengatasi kelumrahan ini. Ketika melabur kita mudah untuk menukar teknik secara melulu bila mengalami kerugian. Sekali rugi terus tukar teknik, aku pasti tidak akan berjaya jika aku amalkan sikap seperti ini. Banyak masa akan terbuang dan menjadi sia-sia jika aku mengamalkan sikap seperti ini. Aku sepatutnya mengekalkan satu teknik yang tetap yang telah diuji di akaun demo dan jika berlaku kerugian terimalah ia seadanya dan jangan terus merombak teknik aku secara keseluruhan. Aku mestilah bersedia untuk menghadapi kerugian jika ingin berjaya. Untung rugi adalah lumrah di arena forex, jika aku tidak dapat menangani kerugian secara berlapang dada, maka aku akan terus kecewa walaupun dengan hanya satu kerugian.