Sunday, October 23, 2011

Biar Betul Part 83

Berikut adalah petikan dari Jurnal Forex Jamlus Jackson.
Kisah duit Rm0.01 sen.


Aku pernah terdengar pihak tertentu berkata bahawa dengan hanya modal USD5 sesiapapun mampu untuk menjadi jutawan forex dalam masa 300 hari pelaburan. Semua mengatakan ianya adalah sesuatu yang mustahil dan tidak mungkin berlaku. Aku tidak berpendapat seperti itu. Pada aku, secara teori ianya boleh dicapai.

Malah pada aku, jika memulakan perniagaan forex dengan modal USD50,000 sekalipun tidak semestinya akan berjaya. Begitulah unik nya pelaburan forex. Bukan jumlah modal yang dijadikan ukuran kejayaan.

Kisah duit Rm 1 sen adalah satu kisah unik yang memaparkan kekuatan duit untuk berganda jika dilakukan melalui formula yang konsisten. Jalan ceritanya mudah tapi pengajarannya banyak, selari dengan set minda seorang jutawan.

Kisahnya begini,dahulu kala ada seorang raja yang kaya raya. Raja tersebut adalah seorang yang tamak dan kedekut. Pada suatu hari puteri kesayangan raja tersebut telah diculik dan raja tersebut telah mengumumkan jika sesiapa dapat menyelamatkan puteri kesayangan maka beliau akan mengkurniakan apa sahaja hadiah.

Dipendekan cerita, akhirnya puteri kesayangan raja tersebut telah berjaya diselamatkan oleh seorang pemuda. Pemuda tersebut telah dibawa untuk mengadap raja.

Kata raja tersebut “Beta akan mengurniakan apa sahaja hadiah yang tuan hamba hajatkan”,

Pemuda itu terdiam dan kemudian berkata” Patik ingin minta duit Rm 1 sen dan sekeping papan catur dan syaratnya duit Rm 1 sen itu dianjak kepetak kedua dipapan catur itu dan dicampur dengan nilai terakhir dan seterusnya sehingga habis kesemua petak dipapan catur tersebut, Tunku hendaklah membayar saya dengan jumlah terakhir duit yang terkumpul di petak terakhir”,

Sehingga berjumpa lagi.