Thursday, October 27, 2011

Biar Betul Part 84

Berikut adalah sambungan petikan dari Jurnal Forex Jamlus Jackson.




Raja tersebut ketawa ”Ha ha ha inilah hadiah yang paling murah. Kalau begitu akan beta kurniakan hadiah tersebut kepada kamu”.

Pada hari pengurniaan hadiah tersebut, raja yang kedekut itu bermasam muka dan menyesal tidak berkesudahan kerana telah bersetuju dengan syarat pemuda tersebut dan terpaksa menunai janji dan mengurniakan hadiah yang dihajatkan oleh pemuda itu. Pada hari itu raja tersebut membayar sebanyak RM184,467,440,737,095,516 kepada pemuda tersebut.

Uniknya kisah ini kerana jumlah duit yang terjana adalah terlalu banyak hasil dari jumlah terkumpul yang asalnya hanya Rm1sen. Inilah idea yang aku ingin terapkan disini, aku tidak perlu duit yang banyak untuk menjadi seorang jutawan. Syaratnya masih sama, aku mestilah seorang pelabur yang berdisiplin.

Sebagai pelabur forex, aku mestilah bijak dan yakin walaupun aku menggunakan saiz lot yang kecil tetapi jika dilakukan dengan konsisten maka jumlah duit aku akan berganda dari masa kesemasa. Aku hanya merisikokan 2% dari jumlah modal setiap kali melabur untuk sekadar meriah keuntugan sekitar 2% hingga 3.5%. Pasti ramai yang berpendapat 2% hingga 3.5% adalah terlalu kecil. Ya, aku akui sememangnya ianya terlalu kecil.

Kisah duit Rm 1 sen adalah inspirasi aku. Sebelum aku mencebur diri di arena forex, aku terlebih dahulu mempunyai kesedaran bahawa sesuatu mesti dilakukan secepat mungkin untuk mengubah cara hidup. Bekerja dan sekadar makan gaji tidak memungkinkan hasrat ini dicapai. Asalnya aku setakat ingin menambah pendapatan bulanan dengan melakukan perkerjaan separuh masa. Tetapi selepas difikirkan semasak-masaknya ianya adalah satu tindakan yang silap, melakukan perkerjaan separuh masa akan menjadikan aku semakin sibuk dan semakin kurang masa untuk keluarga dan jika dilakukan berterusan ianya setakat meletakkan aku didalam zon selesa. Zon selesa bukan yang aku cari selama ini, aku sekarang sudah pun berada di zon selesa, majikan aku juga menyediakan kemudahan perubatan dan insuran yang komprehensif, semuanya sudah cukup selesa. Tetapi, apa yang aku cari sebenarnya adalah kebebasan, masa kita adalah aset kita. Masa yang berlalu tidak akan kembali, dan setakat berada di zon selesa aku tidak bebas sebebas-bebasnya. Hasrat untuk mencapai kebebasan inilah yang aku jadikan keutamaan yang mendorong aku untuk terus berusaha tanpa jemu di arena forex. Kebebasan yang aku maksudkan ialah aku tiada masalah kewangan, tidak dibelenggu hutang, masa aku adalah milik aku sepenuhnya. Aku tidak berkerja untuk wang, tetapi wang aku berkerja untuk aku.

Sehingga berjumpa lagi