Sunday, July 24, 2011

Biar Betul Part 60

Kat Norjas Café tu suasananya agak sunyi dan sayup-sayup kendengaran alunan muzik tradisional dari corong radio. Mary Sari dan aku hanya diam dan sesekali aku memerhati tv 35 inchi kat situ untuk dengar-dengar berita dari bulletin utama TV3 yang tengah dipasang. Tak ada apa berita yang menarik perhatian aku dan Mary Sari. Kemudian Mary Sari bersuara lagi:

“Awak punya off day tinggal 5 hari lagi kan?”

Aku jawab,”Iye kenapa?”

Mary Sari jawab,”Tak ada apa, saja tanya, awak keja kali ni kat mana?”

Aku kata balik kat Mary Sari,” Balikpapan, kat selat Makassar, ada new fiber cable layout last month. So, saya nak kena buat testing and inspection.”.


“Berapa lama pula you keja kali ni”, tanya Mary lagi

“17 minggu macam tu, tapi kat selat Makassar tu cuma 3 minggu jer, selebihnya kat site lain”, kata aku lagi

“Kat mana?”, tanya Mary Sari lagi, nampak sangat begitu beriya-iya nak ambil tahu pasal aku. Aku tak kisah, malah aku suka bila ada urang yang ambil berat pasal aku. At least aku tahu walaupun aku sibuk kerja dan berada jauh ditempat orang, ada juga orang yang teringatkan aku.

“Ewah-ewah seronoknya berbual”, tiba-tiba perbualan kami diganggu Nani. Nani datang bersama makanan dan minuman yang Mary Sari order tadi. Dia hidangkan dengan teratur diatas meja.

“Kak Mary masih guna nombor telephone hari tu lagi ker?”, tanya Nani kat Mary Sari sambil tangannya mengangkat dengan hati-hati Nescafe panas gelas untuk aku.

Mary Sari jawab,”Masih, contact-contact ler saya”.

Nani cakap kat Mary Sari,”Ok nanti saya contact kakak, jemput ler makan, Uncle Joe kat dalam tu kirim salam, dia buat Mee Jawa ni special untuk Kak Mary dan supir kak Mary ni”, jelas Nani lagi sambil melangkah pegi meninggalkan kami.

“Time kasih”, kata Mary lagi kat Nani.

Aku pulak hanya diam dan leka memerhati dan mendengar perbualan Nani dan Mary Sari.

“Selepas Balikpapan pulak kat mana lagi”, tanya Mary Sari lagi soalan yang sama.

Aku meneguk sedikit Nescafe panas yang Nani hidangkan tadi, mee jawa aku belum sentuh lagi, belum makan lagi dan setakat tengok sahaja pun dah tahu gerenti sedap.

Aku jawab pertanyaan Mary, aku kata,”Tak sure lagi tapi anywhere within Asia Pasific, kalau di beri pilihan I prefer Australia. Usually 4-5 hari lagi sebelum kerja kat Selat Makassar siap baru tahu kat mana”

Mary Sari jawab balik,”Kasihannya, baik awak jadi pro Fx trader jer macam ayah saya, tak payah susah payah kerja, duduk rumah jer”, sambung Mary Sari lagi sambil minum sedikit Horlick yang dia order tadi.

Sambil tu aku dan Mary Sari menjamu selera dengan mee jawa special yang ternyata begitu special, sedap sangat.

Ketika aku tengah leka makan, Mary kata kat aku:

“Awak nak tahu tak pasal signal forex yang daddy saya bagi tadi ker?”,

Sehingga bersambung lagi