Monday, July 4, 2011

Biar Betul Part 55

Aku baru jer selesai solat Maghrib, sambil berkemas aku check handphone aku yang tengah charging tadi, dah full, lalu aku tanggalkan charger dan check SMS yang masuk tadi. Jamlus Jackson rupanya yang hantar SMS, aku baca SMS tu:

“Salam, jadi ker kau datang balikpapan, contact aku kalau kau datang sini nanti, aku belanja kau makan nasi ayam penyet. Tq JJ”.

Hari tu aku ada letak kat wall face book aku yang aku akan ke Balikpapan hujung bulan ni, aku rasa Jamlus Jackson ada terbaca update yang aku tulis tempoh hari.

Aku tulis nak balas, aku taip: “Lagi 5 hari aku pegi sana, aku ambik flight dari Singapore, dah betul-betul comfirm nanti aku bagi tahu kau.”

Aku tekan button sent dan sent kan SMS tu, kemudian SMS masuk lagi:

SMS dari Mary Sari rupanya: “U dah otw ker? I dah lapar sangat ni, tengah hari tadi tak sempat lunch”.




Aku taip nak balas SMS Mary Sari, sambil tu aku melangkah keluar, tutupkan semua suis dan kuncikan pintu main door elok-elok, aku taip :”I otw, eta 50 minit”. Then aku tekan sent.

Kemudian SMS dari Mary Sari masuk lagi,”Ok, lamanya I makan biskut jecob ler dulu macam ni buat alas perut :-)”

Aku menunggu pintu lift dibuka, lambatnya. Ada SMS masuk lagi, kali ni dari Jamlus Jackson lagi, aku buka nak baca, Jamlus Jackson tulis ,“k”. Seterusnya pintu lift pun dibuka dan aku melangkah masuk.

Hujan masih lagi turun tapi kini beransur reda. Sebaik sahaja pintu lift dibuka aku mula melangkah keluar. Kereta 2nd hand yang aku sambung loan dari Jamlus Jackson aku parking berhampiran. Sebaik sahaja enjin dihidupkan aku pun terus pandu keta tu laju tapi berhati-hati menuju ke Kesuma Resort tempat tinggal Mary Sari yang terletak 45km dari apartmen kediaman aku.

Perjalanan lancar dan traffic pun tak jem, aku pandu dengan rilek sambil layan channel sinar fm. Lagi 5 km nak sampai aku hantar SMS kat Mary Sari aku taip : “Dah nak sampai ni, u boleh turun sekarang”, then aku tekan sent. Mary Sari duduk kat tingkat 18, so aku SMS dia awal-awal, paling-paling pun aku sampai nanti dia dah sedia tunggu kat lobi. Lagi seminit dua nak sampai SMS masuk lagi kat handphone aku. Mary Sari yang hantar dia kata :”ok, see you in 5 minit.bye”.


Tepat jam 8.14pm, keta aku dah memasuki main gate dekat Kesuma Resort. Security guard kat situ tahan aku. Di tanya

“Selamat malam boss, IC please”, kata guard separuh usia tu kat aku

Aku tak kata apa-apa, aku pun keluarkan IC aku dari wallet dan aku hulurkan IC aku pada guard tadi. Guard tu ambik IC aku dan aku nampak dia catatkan something kat dalam buku log. Lepas tu dia serahkan balik kat aku dan kemudian aku pun memandu masuk. Ketat juga kawalan keselamtan kat sini. Biasalah tu, tempat kediaman mewah. Kalau apartmen aku, lalu masuk naik basikal bawa senapang patah pun aku rasa security guard buat tak tahu saja.

Aku park keta aku betul-betul depan lobi, Mary Sari belum lagi kelihatan. Yang ada kat situ aku nampak beberapa urang mat saleh. Ramai warga asing duduk dekat sini fikirku. Aku terus menunggu dengan sabar dan rileks kat dalam keta. Aku baca majalah free yang aku ambik dari dalam kapal terbang masa flight aku dari KL ke Tokyo 2 bulan lepas.

“Tukkk tukkkk”, tiba-tiba tingkap tepi sebelah kiri kena ketuk.

Aku terkejut sedikit lantas aku menoleh ke kiri.

Sehingga berjumpa lagi.