Saturday, April 16, 2011

My FX today cycle 11

Salam trader kepada semua,

Sebelum aku cerita pasal trading aku minggu ni, aku nak berkongsi sedikit suasana pilihanraya DUN dekat Kuching. Bandaraya Kuching meriah dengan pelbagai poster parti-parti politik yang bertanding. Ceramah politik dianjurkan hampir tiap-tiap malam sepanjang minggu ni. Aku pun tak melepaskan peluang untuk menghadiri ceramah politik yang dianjurkan. Mary Sari pun aku ajak sama, tapi dia tak nak join. Dia kata dia nak stay kat apartment dia tengok cerita Korea kat astro. Lagi pun dia bukannya mengundi pun, dia rakyat asing.

Kat bawah ni aku tunjukkan sedikit gambar-gambar yang aku ambil sepanjang minggu ni. Lepas tengok gambar-gambar ni baru aku cerita pasal trading aku untuk minggu ni (10/4/11 hingga 16/4/11).







Ok, sambung balik cerita pasal trading aku untuk minggu ni (10/4/11 hingga 16/4/11). Result trading untuk minggu ni aku tunjukkan kat bawah ni. Minggu ni aku loss 2 posisi, untung 1 posisi, dan pada masa report ini diupload aku masih ada 2 position yang tengah floating dan 4 posisi tengah pending. Macam biasa, posisi yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku tunjukkan.


Untuk 2 position yang loss dan 1 win, kat bawah ni aku sertakan snapshot 3 position tu untuk rujukan, macam biasa aku guna fibo retracement.





Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]