Saturday, April 23, 2011

My FX today cycle 12

Salam kat semua trader.

Minggu ni untuk urus niaga (17/04/2011-23/04/2011) menyaksikan aku close 2 position sahaja yang kedua-duanya menguntungkan , 5 position lagi masih floating, tiada position yang tengah pending dan tiada sebarang loss dicatatkan setakat tarikh dan masa report ni diupload. 5 position yang tengah floating tu akan aku ulaskan nanti bila dah tutup.

Result untuk trading aku minggu ni aku tunjukkan kat bawah ni. Kat bawah ni juga aku sertakan sekali snapshot 2 trade yang untung untuk minggu ni yang memberi aku sejumlah 152 pips.


Macam biasa, aku guna strategy Fibonacci retracement. Aku hanya akan ambil sesuatu trade jika dan hanya jika ia telah retrace sekurang-kurang 50 fibo, kadang-kadang yang retrace 61.8 fibo pun aku ambil juga expecially kalau sesuatu pair tu tengah betul-betul trending.

Sehingga berjumpa lagi

Kat bawah 2 trade yang aku cakapkan tadi.




[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]