Friday, April 29, 2011

My FX today cycle 13

Salam trader kepada semua,

Untuk trading minggu ni (24/4/11 hingga 30/4/11). Result aku tunjukkan kat bawah ni. Minggu ni tiada sebarang loss, untung 4 posisi, dan pada masa report ini diupload aku masih ada 4 posisi yang tengah floating dan 6 posisi tengah pending. Macam biasa, posisi yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah keseluruhan pips untuk minggu ni ialah sebanyak 491 pips.


Macam biasa aku guna strategi fibo retracement, dan aku hanya akan ambil sesuatu posisi jika dan hanya jika ia telah retrace sekurang-kurangnya 50 fibo dan kadang-kadang 61.8 punya retracement pun aku balun expecially kalau sesuatu pair tu tengah betul-betul trending. Take profit aku ambik dekat 161.8 extended fibo. Walau bagaimanapun aku pasti ada juga tertanya mengapa ada sesetengah position tu aku letak TP kurang dari 161.8 fibo extended. Jawapannya mudah, sebetulnya memang aku letak asal-asal TP pada 161.8 fibo extended, tetapi base on current market condition, maka aku adjust TP tu sebab aku tak expect 161.8 fibo tu boleh dicapai atas sebab-sebab tertentu.

So, pada aku sebagai pemorex aku tidak pernah berusaha untuk meramal arah tuju pasaran, sebaliknya aku menggunakan current market condition untuk membuat analisa arah mana market akan tuju, dan sebab tu ler ada masa nya TP tu aku adjust dari masa kesemasa kerana support dan ressitance baru yang terbentuk aku jadikan panduan untuk menganalisa momentum sesuatu market. Cuma yang aku tak pernah adjust ialah Stop loss dan ianya sentiasa aku setkan secara dinamik untuk setara dengan 2% dari equiti terkini dan aku letak dekat 0.0 fibo

Kat bawah ni snapshot, 4 position yang win untuk minggu ni:







Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]