Saturday, April 2, 2011

Biar Betul Part 32


Satu ketika, ketika tu waktu pagi, suasana pagi ditengah lautan luas amat indah dan dingin sekali. Aku berada ditengah lautan bersama krew lain di atas kapal Samudera 31, sebuah kapal besar yang digunakan untuk operasi pemasangan dan pemeriksaan kabel fiber optic dasar laut. Hari tu adalah hari terakhir shift aku. Sehari sebelum tu ada sedikit masalah teknikal dan aku bersama 6 orang rakan lain bertungkus lumus menyelesaikannya. Aku percaya semua kini keletihan dan tidak cukup tidur.

Satu pasukan baru yang terdiri dari beberapa jurutera dalam bidang elektronik, mekanikal dan beberapa orang lagi pakar-pakar teknikal dalam bidang masing-masing akan mengambil alih tugas dari pasukan aku dan mereka kini dalam perjalanan menuju ke sini dengan menggunakan helicopter pengangkut. Sudah tepat 6 minggu aku berada di laut Cina Selatan, aku sudah tidak sabar untuk kembali kedaratan.

Tiba-tiba handphone aku berbunyi, aku tengok kat skrin handphone aku, Jai Idrus rakan sesekolah aku yang juga seorang pemorex amatur memanggil. Kat tengah laut ni handphone guna signal yang direlay semula menggunakan teknologi VSAT. Kualiti signal tak berapa clear.Tapi still ok.

Aku tekan button answer:

“Sham, kau ker tu”, terdengar suara Jai Idrus

“ Ye ye …apa citer, signal tak clear ni, aku kat laut masa ni”, jawab aku lagi.

“Bila balik?, ada story aku nak citer kat engkau”, katanya lagi

“Aku dah nak balik dah ni, kalau semua on schedule 2 petang aku touch down kat Kuching Heli Base”, balas aku lagi

“Ok, kalau macam tu aku jemput kau kat heli base pukul 2, ada citer best ni aku nak share dengan kau”, kata Jai Idrus lagi

“Ok,,,ok nanti citer”, kata aku lagi

“Ok…bye”, balas Jai Idrus lantas segera meletakkan handphone.

Apa ler mimipi Jai Idrus call aku, apa entah cerita best yang dia katakan dia nak story kat aku. Aku lihat jam tangan jenama Alba kat lengan kanan aku, alamak mati pulak. Habis bateri fikirku. Aku menoleh kesebelah , terpacak kat situ rakan sekerja aku, seorang jurutera elektronik warganegara Poland. Aku bersama rakan sepasukan sudah lama terpacak kat situ menunggu ketibaan Helikopter yang akan datang membawa bersama pasukan pengganti dan akan membawa kami kembali kedaratan.

Aku tanya kat Joshua, budak Poland tu tadi,"What time?”

Joshua kata balik kat aku,”Excuse me, what what?”

“Time”, kata aku lagi sambil tunjuk isyarat jam kat tangan.

“Ooo..ok 7am”, Jawab Joshua ringkas.

“Thanks”, balasku lagi.

Semua aku kira sudah tidak sabar untuk meninggalkan kapal Samudera 31, kelibat helikopter masih belum kelihatan. Helikopter tu dijadualkan untuk mendarat di landing deck Samudera 31 pada pukul 7.30am dan seterusnya membawa kami kembali kedaratan tetapi sebelum tu akan transit selama 2 jam di salah satu pelantar minyak milik Syarikat Minyak Shell sebelum meneruskan perjalanan balik ke Kuching. Kami dijangka touch down di heli base Kuching tepat pada jam 2 petang.

Masih ada 30 minit sebelum helicopter datang fikirku.

Tiba-tiba, alamak perut memulas pula, baik aku pegi ke tandas dulu fikirku. Masa 30 minit aku kira cukup lama untuk aku melepas, kalau tak lepas sekarang nanti kat dalam heli lagi susah fikirku.

Aku meletakkan beg sandang belakang yang aku bawa ke lantai dan mula melangkah pergi. Joshua menolah, dia jerit kat aku

“Hey man, where you go”

Aku jawab,” Hypermarket next to Mega Mall”.

Joshua hanya ketawa kemudian dia cakap,” be quick ok, we will not wait for you”

Aku jawab Joshua,” Death or alive, no man left behind, we all go home today!!!”, jerit aku lagi sambil berlari anak menuju ke toilet berhampiran.

Joshua ketawa sedikit memerhati gelagat aku, dia masih terpacak kat situ bersama rakan-rakanku yang lain. Semua tidak sabar-sabar menanti kedatangan helikopter

Baru sahaja aku hendak membuka pintu tandas, handphone aku berbunyi lagi. Kali ni Mary Sari pulak yang call.

Alamak kacau betul. Telefon masih lagi berdering. Aku serba salah, nak jawab ke tak. Aku masih lagi terpacak kat depan pintu toilet tu tengah fikir pilihan yang aku ada. Aku kira aku ada tiga pilihan:

Pilihan pertama, aku tak payah melepas dan layan panggilan Mary,
Pilihan kedua, aku melepas dan tak payah layan panggilan Mary,
Pilihan ketiga, aku melepas sambil layan panggilan Mary.





Aku tengok jam tangan aku lagi, aku pun tak tahu kenapa aku tengok jam tu pada hal aku tahu jam tu mati. Aku serba salah, Telefon aku masih lagi berdering…macam mana ni…..

“Riiingggggg….riinnnnggg….rinnnnnnnnnnnnnnnnnggg” dan nama Mary masih lagi terpampang kat skrin handphone.

Aku harus buat pilihan, masa makin suntuk…macam mana ni.

Sehingga berjumpa lagi.