Thursday, December 22, 2011

Biar Betul Part 98


Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson


Aku pratikkan idea ini ketika mula melabur Forex. Aku mencari teknik “holy grail” tanpa jemu. Aku lakukan ujikaji di akaun demo, setelah agak yakin aku mula melabur diakaun sebenar. Ketika diakaun demo keputusannya amat baik tetapi perkara sebaliknya berlaku di akaun sebenar. Kerugian tidak berkesudahan. Dimana cacat celanya.

Teknik yang sempurna mestilah satu teknik yang ringkas dan mudah Teknik yang digunakan mestilah memberi nilai untuk “entry”, “stop loss” dan “target profit”. Pada aku tidak ada pelaburan yang dibuat berdasarkan naluri sendiri, hidup di dunia nyata dan membiarkan naluri aku untuk membimbing hala tuju pelaburan forex aku berkemungkinan besar akan merugikan aku. Tidak banyak bezanya dengan membeli tiket nombor ekor jika semata-mata naluri dan nasib dijadikan sakuran. Ya, tidak dinafikan jika aku bernasib baik aku akan berjaya dan tekaan aku mengena. Tetapi kebiasaannya besok atau lusa keuntungan itu akan lenyap semula. Sememangnya dan selalunya begitu.

Seperti yang pernah aku jelaskan sebelum ini, walau sebaik mana sekalipun teknik yang aku gunakan, masukan aku sentiasa dalam kedudukan 50-50, aku menyatakan sedemikian kerana hakikatnya memang sebegitu. Halatuju dan arah pergerakan matawang berkemungkinan naik, turun atau tidak berganjak dengan ketara. Tiada siapa yang dapat mendabik dada dan menyatakan ia dapat menentukan dengan tepat halatuju pasaraan forex.

Sehingga berjumpa lagi.