Friday, December 2, 2011

Biar Betul Part 93

Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson
Jakarta, Tidak bertarikh



“Stoploss” adalah kawan aku.


Sepertimana perniagaan konvisonal, menghadkan tahap kerugian amat perlu untuk memastikan kesinambungan sesuatu perniagaan. Ianya termasuk dalam perancangan ketika kita menjalankan sesuatu perniagaan. Sebagai contoh, katakan aku menjalankan perniagaan warung pisang goreng. Aku seharusnya mempunyai bekalan pisang, tepung, minyak untuk mengoreng, gas memasak dan pelbagai lagi bahan-bahan asas yang dianggar memadai untuk aku menjalankan aktiviti perniagaan pisang goreng aku untuk hari tersebut. Bahan asas seperti pisang mentah yang aku ambil dari pembekal hendaklah dianggarkan dalam keadaan yang sesuai, tidak terlalu ranum dan tidak juga terlalu mentah, pisang yang digunakan mestilah dalam keadaan yang sesuai untuk memastikan pisang goreng aku bermutu dan sedap dimakan. Kuantiti yang diperlukan mestilah bersesuaian untuk memastikan kesemua pisang dapat dijual pada hari tersebut, kerana lebihan yang terlampau banyak akan merugikan aku kerana pisang tersebut kemungkinan besar tidak dapat lagi digunakan untuk keesokan hari. Perniagaan seringkas ini pun memerlukan aku mengenal pasti tahap keuntungan yang hendak dicapai dan tahap kerugian yang mampu aku tanggung. Mengetahui dan mengenali tahap keuntungan dan kerugian amat penting untuk memastikan kesinambungan perniagaan goreng pisang aku. Sudah pasti aku tidak mahu terdapatnya lebihan pisang yang terlampau banyak setiap hari, kerana jika ia berterusan aku akan dibelenggu kerugian. Semestinya juga aku mahu bekalan yang memadai kerana sekiranya bekalan tidak mencukupi aku juga akan mengalami kerugian kerana tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan.

Sehingga berjumpa lagi