Saturday, December 10, 2011

Biar Betul Part 95

Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson

Pada aku adalah satu kesilapan besar jika aku tidak memasang “stop loss”.Tidak memasang “stop loss” samalah seperti aku memandu kereta yang tidak mempunyai brek, aku berpontensi besar untuk mengalami kemalangan. “Stop loss” penting untuk menghadkan kerugian aku. Ramai pelabur selalu beranggapan harga akan pulih dan mereka akan beroleh untung dan tidak perlu memasang “stop loss” kerana ia akan merugikan. Ada masanya aku bernasib baik dan harga kembali pulih dan bergerak kearah yang aku kehendaki, tetapi seperti yang selalu aku tegaskan, tiada apa yang 100% pasti dalam dunia pelaburan, risikonya tetap ada. Apa kata jika keadaan sebaliknya berlaku dan harga bergerak ke arah yang bertentangan. Aku akan mengalami kerugian dan tidak mustahil hilang semua modal. Tidak memasang “stop loss” atas alasan tidak mahu mengalami kerugian sebenarnya lebih merugikan. Pada aku jika terkena “stop loss” yang aku tetapkan dan mengalami kerugian, terimalah dengan hati terbuka dan jangan berputus asa, ianya perkara biasa. Apabila sahaja aku memilih untuk melabur aku seharusnya berani menanggung risiko dan tidak terkesan sama ada aku beroleh keuntungan ataupun kerugian, aku seharusnya bersikap neutral.

Meletak stoploss dan menaruh keyakinan terhadapnya menuntut disiplin dan komitmen yang tinggi. Mempraktiknya tidak semudah menyebutnya. Hakikatnya ketika melabur, ramai yang tidak yakin dengan “stop loss” yang telah ditetapkan dan seterusnya mengubah-gubahnya dan lebih teruk lagi terus membuang “stop loss”. Impian aku untuk menjadi jutawan tidak akan tercapai jika aku tidak mengatasi masalah ini dengan sebaik-baiknya. Nasihat aku, jangan gusar, aku juga bersikap seperti ini tetapi aku belajar untuk mengatasinya dan ianya tidak mudah. Sikap tidak yakin berpunca dari penggunaan teknik yang tidak konsisten dan tidak diuji sepenuhnya. Selalu aku tegaskan, ujikan teknik dan tentu ukurkan keberkesanannya dan seterusnya melaburlah dengan teknik tersebut tanpa ragu-ragu. Jika ada berlaku kerugian, terima sahaja dan kaji semula jika perlu, tetapi jangan terus dirompak keseluruhan teknik tersebut. Sebaliknya lakukan pernambahbaikan jika perlu.

Sehingga berjumpa lagi