Monday, December 26, 2011

Biar Betul Part 99


Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson
Mutiara Café, South Africa
Julai 2008.

Adakah forex berisiko?
Jika tiada teknik yang disifatkan 100% tepat, adakah ini bermakna pelaburan forex amat berisiko? Ya, secara jujur aku nyatakan pelaburan forex amat berisiko tinggi jika tidak mempunyai ilmu , strategi dan teknik yang betul. Malah ianya masih tetap berisiko jika aku telah mempunyai ilmu serta teknik yang betul, tetapi risikonya adalah minimum dan dengan meminimumkan risiko kerugian maka peluang untuk memperolehi keuntungan akan meningkat. Jika dilakukan secara berterusan pasti akan berjaya. Perlu diingat, risiko tidak dapat dielak, ianya mesti ditangani dan diminimakan dan ianya dapat dilakukan.

Tiada perniagaan yang tidak berisiko. Malah dalam rutin hidup kita seharian pun kita masih terdedah dengan pelbagai risiko. Contohnya, setiap hari kita memandu kereta pergi dan balik ke tempat kerja kita berisiko untuk terlibat dalam kemalangan. Malah sesampainya ditempat kerja dan ketika didalam lif pun kita masih berisiko dimana lif berkemungkinan rosak dan kita tersekat didalam lif. Setibanya kita dipejabat pun pelbagai perkara dan risiko lain seperti bangunan terbakar, tergelincir akibat lantai licin tertumpah kopi panas dan sebagainya tidak mustahil terjadi keatas kita. Pendek kata perkara rutin seharian yang kita lalui sebenarnya ada risiko. Tetapi kerana kebiasaannya kemalangan kereta, kerosakan lif, tertumpah kopi panas dan sebagainya adalah perkara yang jarang-jarang berlaku maka kita terlepas pandang dan menganggap rutin harian kita tidak berisiko. Risiko tetap ada dimana-mana apatah lagi dalam bidang perniagaan dan pelaburan seperti forex tidak terkecuali. Risiko mesti ditangani dan bukannya dielakkan. Katakan jika aku cuba mengelakkan risiko kemalangan jalanraya, aku seharusnya hanya duduk di rumah dan tidak keluar rumah apatah lagi memandu kereta. Bayangkan kehidupan seperti ini, tidak keluar rumah dengan alasan ingin mengelakkan kemalangan. Tidakkah pelik begitu? Risiko tetap ada dan kehidupan mesti diteruskan, kita sepatutnya mengambil langkah-langkah keselamatan dan berusaha mencegah kemalangan, dan jika berlaku juga setelah semua langkah-langkah keselamatan dititikberatkan maka kita seharusnya menerima dengan hati terbuka dan redha.

Sehingga berjumpa lagi.