Tuesday, January 3, 2012

Biar Betul Part 101

Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson
July 2008, Filipina



Lakukan sebanyak mungkin kesilapan dan belajar menerusinya, guna dan manfaatkan akaun demo sepenuhnya. Sifat terburu-buru untuk bermula adalah lumrah, jangan bermula jika tidak pernah berjaya diakaun demo. Itulah keunikan forex, aku dapat melakukan kesilapan secara percuma dan gunalah peluang ini sebaik-baiknya. Memulakan pelaburan di akaun sebenar secara terburu-buru akan hanya mengundang padah. Melakukan kesilapan dan belajar melaluinya diakaun demo adalah jauh lebih baik daripada mempelajarinya diakaun sebenar. Sentiasa berfikiran terbuka dan rasional. Alasan yang menyarankan aku melakukan ujian dan menggandakan jumlah akaun demo aku lebih dari sekali atau sekurang-kurangnya 3 kali ganda adalah untuk menguji keberkesanan teknik dan disiplin. Melabur diakaun demo tidak memberi tekanan terhadap emosi dan sebab itulah aku belajar menggandakan duit modal aku di akaun demo sekurang-kurangnya 3 kali ganda untuk benar-benar memastikan teknik yang aku guna adalah betul. Emosi akan hanya benar-benar diuji jika melibatkan duit sebenar. Sememangnya begitu, kita tidak gusar dan bimbang walaupun membelanjakan beribu-ribu ringgit duit olok-olok untuk membeli hotel ketika bermain permainan “Monopoly” tetapi kita risau dan gusar bila hendak melaburkan duit Rm1000 di pelaburan sebenar. Semuanya adalah kerana penerimaan yang berbeza antara permainan dan kehidupan sebenar. Begitulah bezanya antara demo akaun dan akaun sebenar. Jadi, manafaatkan akaun demo sepenuhnya untuk menguji teknik dan berlatihlah tanpa jemu. Ingat disiplin, komitmen dan emosi belum teruji sepenuhnya di akaun demo. Jangan terperasan dan syok sendiri dengan beranggapan aku sudah bersedia secara mental hanya dengan kejayaan aku diakaun demo. Tahap ketahanan mental hanya akan teruji diakaun sebenar. Jadi berlatihlah sehingga mahir dan lakukan persediaan mental sebelum melabur di akaun sebenar disamping menguji keberkesanan teknik yang bakal diguna pakai.

Sehingga berjumpa lagi