Thursday, January 19, 2012

Biar Betul Part 104

Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson


Julau town,
Wilayah Pendalaman Sarawak.
August 2004

Aku kerap kali juga mendengar cadangan yang mengatakan ada baiknya bermain diakaun sebenar dan gunalah modal yang kecil seperti USD10 daripada membuang masa diakaun demo. Aku tidak bersetuju dengan pendapat ini, pada aku ada baiknya aku melabur secara percuma daripada menggunakan wang sebenar walaupun jumlahanya kecil hanya untuk sekadar suka-suka atau cuba-cuba. Mengapa perlu membayar untuk sesuatu yang aku boleh dapat secara percuma. Baik aku simpan duit itu dan berlatihlah diakaun demo sehingga aku berjaya, kemudian barulah melakukan pelaburan diakaun sebenar dengan teknik dan strategi yang telah diuji diakaun demo. Diakaun sebenar, ianya adalah gelanggang yang akan menguji emosi dan aku hanya akan berjaya jika aku mempunyai tahap disiplin yang tinggi. Modal permulaan tidak begitu penting , bermula dengan USD10, USD100 atau USD5000 tidak jauh beza nya dan jumlah modal tidak menjamin kejayaan aku. Jumlah modal yang besar hanya memberi kelebihan kepada aku dari segi kemampuan aku untuk melabur dalam lot yang bersaiz lebih besar, tentunya jika aku mempunyai modal USD10000, aku lebih mampu menggunakan lot yang bersaiz agak besar dan bersesuaian dengan modal aku dan seterusnya memberi pulangan yang lebih besar berbanding jika ada mempunyai modal hanya USD100. Tapi tanpa disiplin, pengurusan kewangan dan teknik yang betul, aku tetap akan gagal walaupun bermula dengan modal yang besar.