Tuesday, January 24, 2012

Biar Betul Part 105

Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson

Kerana kita didedahkan sejak kecil lagi bahawa melakukan kesilapan adalah satu kesalahan, maka sikap ini terbawa-bawa ketika kita melabur. Ramai pelabur menanggap bila berlaku kerugian, ianya adalah satu kesalahan dan kerana rasa bersalah ramai pelabur mempunyai sikap untuk menebus kesalahan ini. Rasional mudah hilang dan jika tidak dikawal akan mewujudkan rasa dendam, maka tanpa sedar ramai pelabur akan melakukan “revenge trade”, ia akan membawa kepada “entry” yang tergesa-gesa dan tidak mengikut teknik dan strategi yang dirancang. Ada masanya aku bernasib baik dan beroleh keuntungan dan adakala aku rugi. Jika aku mengamalkan teknik “revenge trade”, aku jamin aku tidak akan berjaya. Aku akan hanya menjadi seorang pelabur yang sekejap gembira dan sekejap menyesal. Impian aku untuk menjadi jutawan aku boleh lupakan. Aku pasti gagal.

Sikap tidak belajar melalui kesilapan dan menanggap kesilapan adalah satu kesalahan mesti diatasi. Ikut teknik dan strategi yang telah direncanakan. Untung rugi perkara biasa.


Sehingga berjumpa lagi