Sunday, August 25, 2013

Biar Betul Part 120




Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson


Kita harus meletakkan sasaran jangka panjang. Anggaplah sesuatu kerugian sebagai sesuatu yang positif, kerana walaupun aku rugi, hakikatnya aku sebenarnya berjaya kerana aku telah melakukan aktiviti pelaburan forex aku selaras dengan teknik dan strategi yang dirangcangkan. Berpeganglah  pada teknik dan strategi secara konsisten adalah lebih utama dari untung atau rugi.


Aku menang hanya jika aku fikir aku akan menang.

Sebelum aku melibatkan diri dengan aktiviti pelaburan forex, aku pasti pada asalnya aku fikir aku akan berjaya. Aku bermula dengan semangat yang kental, cita-cita serta angan-angan yang tinggi melangit. Ramai yang berpendapat ianya mudah dan dengan hanya modal permulaan USD100 ianya dapat dilakukan. Aku bermula seperti ini, dan selepas berkecimbung  semangat semakin luntur dan mulai merasakan semua angan-angan akan hanya tinggal sebagai angan-angan yang tidak mungkin tercapai. Jika aku pernah merasa sedemikian, syabas aku ucapkan. Aku sudah merasai perit sebenar dunia  pelaburan forex. Jangan berputus asa tetapi sebaliknya  berehatlah sebentar dan lupakan dunia forex aku sebentar. Tiba masanya untuk aku mengkaji dimana silapnya. Adakah kesilapan berpunca dari teknik yang diguna pakai, pengurusan kewangan yang tidak mantap atau  aku sendiri. Aku sendiri pada mulanya sering menyalahkan strategi yang diguna pakai, dan aku percaya  lebih 95% pelabur forex berpendapat seperti aku. Benarkah strategi yang salah  atau  adanya faktor lain. Tidak dinafikan strategi yang diguna pakai berkemungkinan  tidak bersesuaian dengan aku. Tetapi kesalahan sebenarnya adalah berpunca dari aku sendiri. Aku kurang mengkaji dan  melabur tanpa ilmu dan panduan yang betul. Aku hanya akan berjaya jika aku menyedari kesilapan adalah berpunca dari aku sendiri dan jika aku ingin berjaya aku hanya perlu baiki diri aku sendiri.