Sunday, September 1, 2013

Biar Betul Part 121




Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson

Ramai pelabur melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali dan setiap kali  aku gagal aku menyalahkan pihak lain selain dari diri aku sendiri. Aku akan hanya menang jika aku fikir aku akan menang. Jika aku fikir aku akan menang aku pasti sedar kerugian atau keuntungan ketika aku melabur hanyalah bersifat sementara dan aku mesti ada kekuatan untuk meneruskan pelaburan aku seperti yang telah aku rancangkan dalam apa keadaan sekalipun. Kalau aku tidak pernah merancang plan kejayaan aku , aku secara tidak langsung sebenarnya telah merancang untuk gagal.

Bayangkan kembali cita-cita dan matlamat aku. Ia akan memberikan aku kekuatan dalaman dan mengembalikan semangat aku. Setelah aku kembali tenang, renungkan diri aku sendiri. Aku tidak mempunyai kekuatan mental untuk menangani cabaran dan dugaan ketika melakukan aktiviti pelaburan.

Aku sendiri membayangkan  suatu hari nanti aku akan mencapai kebebasan kewangan melalui cara ini dan aku komited melakukannya. Ianya adalah satu proses yang bukan sekejap dan merupakan satu rancangan jangka panjang. Jika aku sudah mulai megakui semua kesilapan adalah berpunca dari aku sendiri, pastinya aku akan melakukan penilaian yang lebih tulus dan kesannya aku akan membaiki diri aku sendiri khususnya didalam memantapkan lagi mental aku sebagai seorang pelabur.