Monday, June 6, 2011

My FX today cycle 18

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku out station dekat area pendalaman, so entah macam mana VSAT signal macam tak berapa “best”, so internet connection ada problem ler pula. Tu pasal ler report minggu ni lambat aku submit, setakat Tuesday 7/6/2011 pada pukul 2.05am pun signal tak lepas-lepas lagi. So biarlah engineer-engineer yang terror-terror solve problem tu. Aku pula main solitaire kat notebook aku.

Untuk trading minggu ni (29/5/11 hingga 5/6/11). Result trading aku tunjukkan kat bawah ni. Minggu ni ada 1 loss, 3 win dan 4 cancel posisi. Pada masa report ini diupload aku masih ada 3 position yang tengah floating dan 4 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 129 pips.




Macam biasa aku guna strategi fibo retracement, dan aku hanya akan ambil sesuatu posisi jika dan hanya jika ia telah retrace sekurang-kurangnya 50 fibo dan kadang-kadang tu 61.8 punya retracement pun aku balun expecially kalau sesuatu pair tu tengah betul-betul trending. Take profit aku ambik dekat 161.8 extended fibo.

Aku menggunakan current market condition untuk membuat analisa arah tuju market, sebab tu ler ada masa nya TP tu aku adjust dari masa-kesemasa kerana support dan ressitance baru yang terbentuk aku jadikan panduan untuk menganalisa momentum sesuatu market. Cuma yang aku tak pernah adjust ialah Stop loss dan ianya sentiasa aku set secara dinamik untuk setara dengan 2% dari equiti terkini dan aku letak dekat 0.0 fibo

Aku ni adalah pemorex yang jenis “malas” nak duduk lama-lama depan komputer. So sebab tu ler aku guna daily chart, and sebab tu ler juga stoploss tu kalau setakat 200-400 pips tu perkara biasa. Floating sampai 1 bulan pun pada aku tu perkara biasa. Bila memorex cara long term ni part money management tu memang kena jaga betul-betul. Insallah dalam siri Biar Betul yang akan datang nanti aku akan cerita tentang mengapa tanpa money management yang betul adalah almost mustahil untuk seseorang pemorex itu berjaya, expecially yang jenis main long term macam aku ni.

Aku memorex cuma 15min jer sehari, usually at anytime within 24 hours depend dengan kelapangan asalkan after 8.30am waktu Malaysia, kerana masa tu candlestick baru untuk daily chart dah muncul. Hari Isnin pula aku ambik masa lebih sikit usually 30 min sebab aku buat juga analisa dekat weekly chart and hari pertama setiap bulan pula usually aku memorex sekitar 45min sebab aku buat juga analisa dekat chart monthly.

Pada aku makin besar chart yang diguna makin kurang “Whipshaw” atau pun “false signal”, take profit pula for sure lagi besar and stop loss pula for sure besar juga. Masa floating pula makin lama, kadang-kadang tu 2 bulan atau lebih. Insallah kalau akaun aku yang trade guna weekly or monthly chart tu ada yang loss or win, aku akan tunjukkan kat sini. Aku akan tunjukkan macam mana aku buat 2000pip or lebih untuk cuma satu trade kat weekly chart and floating 3 bulan atau lebih. He he he, tak pun kalau tak dapat tunjuk tu aku for sure boleh tunjuk macam mana aku loss 5000 pips atau lebih and floating 5-6 bulan.

Aku cuma share-share sahaja, tak semestinya pemorex lain mesti setuju and terima. Ingat, sebagai pemorex kita kena yakin dengan cara dan disiplin kita sendiri. Cuma yang pasti hanya satu, bila share-share macam ni, secara tak langsung aku jadi semakin mudah nak jadi seorang pemorex yang berdisiplin dalam cara aku sendiri.







Selamat memorex kepada semua.

Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]