Saturday, June 18, 2011

Biar Betul Part 51

“EA tu aku guna dekat satu pair jer, aku guna kat pair usdjpy jer”, kata Jai Idrus lagi

“Biasa sangat aku dengar pasal EA ni, macam-macam , tapi so far mostly yang aku try test kat demo and live semuanya lingkup, aku dah hilang trust ler kalau nak trade guna EA ni”, aku bersuara memberikan pendapat peribadi aku.

Jai Idrus aku nampak rilek, sesekali dia adjust gaya duduk and sambil tu ambil kesempatan atur parking. Nak cover, tapi aku perasan. Tak senonoh betul ler dia punya perangai. Kemudian katanya lagi kat aku:

“Tak ada salahnya pakai EA, yang salahnya kalau tak reti nak pakai”, katanya ringkas

“Apa maksud kau?”, tanya aku lagi kat Jai Idrus.

“Macam ni, ramai pemorex ingat bila pakai EA, kita hanya perlu pasang dan tinggal, biar semuanya berjalan sendiri and tak payah monitor”, kata Jai Idrus lagi

“Memang tu ler function EA kan, sebab tu kita panggil EA tu robot, dia jalan sendiri and tak payah monitor”, kata aku lagi kat Jai Idrus dengan sedikit nada tidak setuju dengan pendapat dan pandangan dia.

“Betul tu, aku setuju bila kau cakap macam tu. Tapi kau harus ingat, kalau sesuatu EA tu memang berfungsi best giler macam tu mesti ramai dah pemorex kat dunia ni jadi billionare kan?”, kata Jai Idrus kat aku sambil menyoal aku kembali.

“Yeap betul tu, tu aku setuju. Ada sekali tu aku bubuh EA dekat akaun live aku, hancuss…kena margin call…nasib baik account tu aku bubuh kecik jer..aku bubuh USD300 jer”, kata aku lagi kat Jai sambil mengimbas kembali pengalaman aku kena margin call 4 tahun lepas pasal guna EA.

Jai Idrus diam, kemudian dia jawab aku, dia kata:

“Aku tak nak komen lebih-lebih sangat pasal EA ni, tapi pengalaman aku ler. Aku tak guna EA aku setiap masa, aku guna EA aku untuk pasang trap masa high impact punya new sahaja”, kata Jai Idrus lagi

“Macam mana tu, tak paham ler aku, tadi kau ada mention pasal “time setting” kan , apa tu”, tanya aku lagi kat Jai Idrus.

Pizza kat atas meja kopi ruang tamu aku masih banyak berbaki. Aku dengan Jai Idrus leka sangat berbual sampai lupa pula nak makan pizza tu. Jai Idrus kemudian kata kat aku:

“Kau ni Sham, berbual berbual juga, tapi pizza tu jangan lupa makan pula, please jangan segan-segan, jemput makan, jemput makan, jemput makan”, kat Jai Idrus bertalu talu suruh aku makan pizza. Ni baru tetamu yang betul-betul buat rumah orang macam rumah dia sendiri.

“Nah tambah Nescafe tu lagi”, kata Jai Idrus lagi sambil menuang penuh lagi cawan aku yang tadinya dah tinggal separuh.



“Sedap kau buat Nescafe, kau nak kerja dengan aku tak?”, aku tanya Jai Idrus lagi sambil meneguk Nescafe yang dia tuangkan tadi

“Kerja apa ?”, Jai Idrus jawab sambil tanya aku kembali.

Aku jawab dia dan aku kata,” Kerja jadi orang gaji kat rumah aku ni, bancuh kopi, cuci tandas, sapu rumah, mob lantai dan masak sekali untuk aku, kau nak tak?”,


“Boleh, boleh kalau kau sanggup bagi aku gaji Rm23,000 sebulan plus epf dan pencen…he he he he”, kata Jai Idrus lagi sambil ketawa.

Segenap ruang apartment aku terasa sejuk dingin, Aircond aku bubuh takat paling sejuk, kena lagi kat luar hujan lebat. Sejuk macam masa winter kat Londan. Best betul.

Sehingga berjumpa lagi.