Thursday, March 17, 2011

My FX today cycle 7



Salam kat semua trader.

Minggu ni untuk urus niaga (13/03/2011-19/03/2011) menyaksikan aku cancel sebanyak 2 position , tiada sebarang loss, aku juga masih mempunyai sebanyak 1 position yang masih floating, dan 7 position win dicatatkan setakat tarikh dan masa report ni diupload.

Dalam report kali ni aku akan mengulas mengenai position Win A dan Win B( Rujuk rajah kat atas). Seperti biasa, position yang tengah floating tu aku tak akan ulas. Dah close nanti baru aku cerita. Macam biasa aku guna daily chart bila trade dan aku guna strategi Fibonacci retracment, daily chart sesuai dengan aku sebab movement harga lebih perlahan dan aku pula jenis yang tak suka mengadap komputer lama-lama untuk trading forex, paling lama aku trade hanya 15min jer sehari. Kalau ada setup yang ok aku terus pasang pending order.Jumlah keseluruhan pips yang berjaya dipungut untuk urusniaga minggu ini ialah sebanyak 831 pips.

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]


Penjelasan position Win A

Pair EURAUD, sila rujuk rajah kat atas, pada 16/02/2011, aku lihat ada pembentukan point C yang aku kenali sebagai pelengkap, Fibonacci retracment juga telah mencapai tahap 50.0 fibo dan seperti plan dan strategi aku sebelum ni aku pun buat arahan buy stop pada point B, Position tu trigger pada 16/02/2011 dan foating selama 24 hari sebelum mengena take profit aku pada 16/03/2011 dan memberi aku 185 pips.

Kalau diperhatikan pada 25/02/2011, stoploss aku hampir nak kena (3-5 pips jer sebelum hit Stop loss) tapi price naik balik lepas tu, tetapi pergerakan price menurun semula dan pada tarikh 10/03/2011 stop loss yang aku tetapkan semakin dihampiri tetapi selanjutnya selepas itu, pergerakan mendaki lagi kali ini sehingga mencecah extended fibo 161.8 dimana take profit aku mengena. Floating selama 24 hari ni pada sesetengah pemorex mungkin terlalu lama, tapi pada aku itu perkara biasa, malah aku pernah mencatat jangka masa floating sehingga hampir 70 hari untuk aku mencapai take profit yang memberi aku 750 pips tahun lepas dan ia merupakan jangka masa floating yang paling lama aku pernah hadapi. Secara kebiasaannya purata jangka masa floating position yang aku pasang adalah selama 1 hari sehingga 3 minggu.


Penjelasan position Win B

Pair USDCHF,sila rujuk raja kat atas, pada 15/03/2011, aku lihat ada pembentukan point C yang aku kenali sebagai pelengkap, Fibonacci retracment juga telah mencapai tahap 50.0 fibo dan seperti plan dan strategi aku sebelum ni aku pun buat arahan sale stop pada point B, Position tu trigger pada 15/03/2011 dan foating selama 2 hari sebelum mengena take profit aku pada 16/03/2011 dan memberi aku 185 pips.